にんげん は そう いう もん ー せんせい

Saturday, April 9, 2011

Senpai Sayounara ! ! !

Assalamualaikum.

Malam yang melankolik. Okay 10th post.

Tomarai jikan. Karera no jikan.
Setiap saat yang gugur menanti saat itu, setiap itu jantung aku gugur menunggu. Saat di kala segala dipermudahkanNya. Segala di bawah keredhaanNya. Segala di bawah restu mereka yang tercinta, ibu bapa dan keluarga. Segala di bawah dorongan dan sokongan mereka, teman kala ketawa teman kala hiba.
Yid 

Semester 3 belum lagi bermula secara sepenuhnya sebab sekarang hanya melantak bahasa Jepun je setiap hari setiap malam selama 3 minggu. Habis je 3 minggu, baru perang. Perang dengan segalanya. Nafsu, minda, mental, fizikal, tenaga batin. Semuanya. Segalanya. Aku semakin berdebar seiring dengan   kehidupan sem 3 yang dah mula menjengah jengah time aku nak menunaikan hajat. Pertarungan yang paling besar. Lagi besar dari saat SPM aku. But it will come all to this, all of it; I'm a fighter. This is not a catchy phase. I'm really a fighter. Fighter of Fighters 0509. With that spirit, by that shiny metallic outfit, along with that resilient Just Do It, I'll go. Go for it. Japan.

The DELAYED
Jya mata senpai

Semenjak malapetaka yang melanda Jepun baru baru ni, 11/3 2011 hari tu, senpai(senior) dihidangkan pula dengan satu lagi berita buruk iaitu penangguhan flight mereka sehingga pemberitahuan dari pihak JPA. Dorang nanti punya nanti tunggu punya tunggu online punya online mencarut punya mencarut tunggu call JPA, akhirnya sampai juga. Pemberitahuan itu. Malam ini dan malam esok (8@9 April 2011) adalah tarikh terakhir mereka berada di Malaysia before their long awaited threshold at Nihon. Aku kesian kat mereka awalnya. Susah payah 2 tahun akhirnya akan berbayar tapi last sekali ditunda. Tapi Allah tahu segalanya kan. Dan mereka dah insyaAllah dijamin selamat sampai kat Nihon dalam 7.15 pagi esok.

Walaupun banyak krisis kat Jepun ni, baru baru sekali ialah gempa bumi 7.4 pulak. Sampaikan ada loji nuklear yang meletup. Tapi tak da sorang pun yang menarik diri dari program ni. Yelah dah separuh jiwa pergi sepanjang 2 tahun ni takkan senang senang nak tarik diri.

Tapi bukan semua yang boleh pergi tu boleh pergi. Maksud aku, ada yang belum boleh fly lagi. Senpai senpai yang dapat area Fukushima, Sendai semua tu lah, belum ada pengumuman lanjut dari JPA. Akan pergi tapi belum lagi. Sabarlah, ada hikmah. Mesti ada.

The HEARTBREAK

Aku tak pergi hantar senpai aku kat airpot. Tak. Aku cukup terkilan sebenarnya. Aku nak hantar dorang. Dari azali lagi. Tak tak ini takda kaitan dengan ada orang ajak ke tak tapi sebenarnya aku nak pergi sana pun tengah sengkek duit. Hantar sokongan sudah. Hidup bujang memang tough. Haish.

I'm self-motivated but not self-activated. Aku perlukan booster dalam kebanyakan perkara yang aku buat selain dari self determination sendiri. Dengan cara itu, semangat aku akan sukar terpadam seperti lilin kalimantang malam keliwon. Jadi ketidakdatangan aku pada hari dorang fly ni tak boleh aku jadikan booster untuk thrust myself or others into really pushing our asses off to the limitless sky. Kechiwanya. Zannen dazo. Tapi mungkin kemasukan kohai kohai yang aum aum nanti akan boleh jadi pelincir booster dalam botol minyak tuti yang baru. Manalah tau kan.

Demi mencari bahan bakar untuk my remaining 1years and less of this course bumpy road, aku masih mencari cari apa kerosene yang boleh diutilise kan dalam fuel tank aku ni. Apa yang boleh aku bakar untuk terus pecut tanpa sedikitpun kecut. Mungkin boleh jadi kalau bahan bakar tu dalam bentuk hot stuff yang comel kot. HAHA

The incomingPREDICAMENT

Err menurut membe aku yang dah pernah pergi Jepun dulu, dari Malaysia ke Jepun adalah dalam 8 jam +- jugak. Macam dari Dungun nak pergi Penang lah kot. Kalau bertolak malam maunya sampai pagi esok. Jadi mungkin atas fikir itulah, JPA buat flight malam. TAPI.

Tak best gilaaa flight malam. Macam mana membe membe nak datang? Macam mana nak menangis nangis? Macam mana nak menyanyi lagu batch? Macam mana nak menyanyi lagu sekolah? Macam mana nak geli geli dengan membe buat kali terakhir sebelum fly? Macam mana nak buat tepuk sekolah? Macam mana ?!

Ini memang mendownkan.

The CHEERS
Yoku gambatta, senpai. Ome.

Tahniah senpai sebab berjaya jugak sampai ke tanah gugurnya sakura, tanah lahirnya Yamapi, tanah tumpahnya darah Genji. Di sana jangan cepat melatah jangan cepat excited jangan lupa diri. Ingat dulu tujuan sebenar. Bukan untuk belajar dan bawak balik segulung degree. Tapi tujuan yang lagi besar dari tu. Kalau ada senpai yang balik lepas 4 tahun, tapi tanya apa yang dia dapat, lalu dia jawab tak ada apa apa,  JANGAN BAGI ORANG JUMPA KAU DAH. Peluang macam ni bukan semua orang Allah kasi. Yang terpilih je. Jangan sia siakan. Bawak balik lebih dari itu. Pemikiran pengalaman pengetahuan macam macam emas yang boleh anda bawa dan manfaatkan kat orang lain. InsyaAllah anda akan berjaya. InsyaAllah kami akan turut sama. Dan semua itu datang dari niat.

"Kita kena sentiasa betulkan niat kita. Lepas dapat result, betulkan niat. Semasa kat Airport betulkan niat. Sebelum naik flight betulkan niat. Semasa dalam flight, betulkan niat. Selepas dah sampai pun kena betulkan niat. Kita kena selalu betulkan niat kita. Semua niat kerana Allah taala. Dengan itu setiap saat kita di sana akan dapat pahala MasyaAllah.
Dari Kimu Senpai 28th dari Zaid Sensei.


Dont miss us, cause we wont miss you haha
Semoga berjaya. Tunggu kami pula bulan 3 tahun depan insyaAllah. Douzo Ogenki de.

Monday, April 4, 2011

Aku Rasa Celaka 1

Assalamualaikum.

Waktu mencarut. 9th post.

Hari ni hari orang ambik result untuk Final 2nd sem aku. Well result tu agak penting lah sebab nak tentukan kau kena repeat ke tak. Alhamdulillah lah aku lepas walaupun ada orang yang kandas jugak. Repeat final exam adalah sesuatu yang kritikal kat AAJ sebab kalau tak lepas jugak kau kena bungkus balik kampung goreng pisang petang petang lah. Harap harapnya yang kandas tu lepas insyaAllah. Doakan mereka. Aku faham perasaan diorang. Aku faham. Tak macam orang celaka.

Aku rasa orang macam ni celaka. Aku tak tau kenapa aku marah sangat bila dengar tapi memang get on my nerves. I get mad easily,yes that one is a fact, but piss off is another story. I show my mad face but not my pissed off face. When I get pissed off, I start hooting. With all my might and guts.

CELAKA 1

Aku punya result takde lah ok sangat. Teruk sangat. Sikit pun tak terkesan kat aku sebab aku dah tau lama dah result aku. Nevertheless, aku pun dah expect bentuk result aku sebenarnya. Teruk tak terkata tu tak boleh la cakap jugak sebab aku still lepas repeat. But I'm still in the league of the bong's (last). Dalam 70 lebih gitulah dari 86 orang.

Time rehat kejap, aku pergi ambik seiseki(result) kat pejabat. Ada dua. Satu borang jadah pe tah satu lagi seiseki lah. Dan dan time tu sensei math aku  datang mencelah tanya "Mende tu?" "Seiseki"aku jawab."Rasanya result saya macam elok lah sensei haha" Memang aku gelak. Sinis dan sarkasis. Dan dia pun gelak sekali. Memang supportive. =.= Well no butthurt. On the way balek kelas jumpa sensei lain dia pulak tanya "Kertas apa tu? Nampak macam kertas yang menarik." "Oh ini, result sensei.Result saya dengan apa yang saya fikirkan memang . . ." Aku tak habiskan ayat aku tu. Tak cukup telur. Sebab.

Aku memang tak suka bagitau orang result aku. Bagi aku bagitau result macam bagitau apa yang kita buat dalam toilet lama lama waktu malam menjelma dengan bawak sabun Shokubutsu. In other words, result aku bagaikan satu perkara peribadi. As private as my phone number. Ehem. 

But then, aku memang boleh expect orang akan tanya result aku. Jangan harap aku nak bagitau. Aku akan bagitau pun kat orang yang tau aku memang lembap dan tak pernah nak pandang tinggi kat aku. Yang tanya aku pun mesti kebanyakkannya akan mula camni,"Yid dapat berapa ? Mesti straight nih" Oh fuuuk you. Aku paling tak suka dipandang tinggi. Dan konon kononnya aku power. Ini memang sadis. Pandang tinggi kat aku macam kau keluarkan statement perkauman. Sampai macam tu sekali aku tak suka orang pandang tinggi kat aku.

Di sini memang ramai orang yang berlagak bodoh tapi pandai. Aku yang jarang berlagak bodoh ni takde lah pandai pandai jugak. Orang macam ni aku tak rasa dia humble. Dia cuma nak kurang outstanding. Tapi dia tak rasa orang macam aku ni. Ya memang tak rasa. Apa yang aku rasa? Apabila asyik orang pandang tinggi, puji, tapi sebenarnya hampeh menggelebeh. I'm serious to the bones, aku boleh stand critics, pangkahs, slanders, boo's, everything. Even a stadium of people mocks me, I could endure that. No sweat. In fact, kalau orang seramai stadium tu datang one on one pangkah aku, pun aku tak kesah. Takkan cair sedikit pun taik telinga aku. BUTT, aku memang sensitif when it comes to academical ability. Aku memang sensitif bila orang gelakkan result aku. Aku memang sensitif bila orang tanya result aku. Aku memang sensitif bila orang berkongsi result diorang. Aku memang sensitif towards academic. Aku memang sensitif. Sensitiviti itu sifat wajib maskulin.

CELAKA 2
"Saya douche bag, dan saya OK."

Celaka boleh berjangkit. Celaka boleh melarat. Celaka boleh membiak. Dan terbaru, celaka boleh membangun.

Aku tak suka betul orang merungut. Lebih lebih lagi pasal result diorang. Rungut pasal homework ke, tak boleh faham topik ke, lampi dalam kelas ke, haram blank time kelas ke, aku boleh tolerate lagi. Tapi ni bila orang merungut pasal result. Memang lah up to them nak merungut pun kan. Mungkin mereka dah belajar gila gila tapi dapat lebih kurang je. Tu kot sebab dia rasa nak merungut segala bagai tu lah kot. Lebih lebih lagi bila orang yang berlagak bodoh ni, merungut pasal result dia. Sebelum ni beriya-iya nak cakap kat orang lain, aku rasa aku fail lah, aku last kot lah, aku bangang lah, ni lah tu lah. Tapi tengok result last last ok jugak. KAT MANA SYUKUR KAU TU AKU TAK NAMPAK.

Apa tak reti nak syukur walau sikit ke? Senang je. Kau berhenti merungut tu pun dah cukup bagus dah walaupun kau lebih bagus dari tu kan. Konon kononnya kau rasa result kau paling teruk paling bangang.  Kau rasa orang yang lagi teruk dari kau bila dengar rasa apa? Orang macam aku yang ada bawah kau ni? Aku tak kata aku baik dan selalu bersyukur. Memang jarang. Kita semua pun lebih kurang ja. Saidina Umar(insyaAllah tak silap) pun pernah berdoa "Ya Allah jadikanlah aku antara golongan yang sedikit. Yakni  orang yang bersyukur" Kita mungkin tak  dan susah nampak bila part nak bersyukur tu. Sebab kalau diikutkan setiap masa setiap nafas kita kita kena bersyukur kan. Nak paling senang? Nah. Bila time time macam ni lah kita syukur. Bila dapat macam mana sekalipun result still syukur. Time ni lah. Ye ni lah. Allah takdenye marah kalau kita bersyukur walaupun kita antara hambanya yang banyak mengingkariNya sekalipun. Kan?

Aku bukan optimist tapi pessimist secara berkala. Optimism only works when you have things on your favour. Aku jarang ada situation macam tu so aku tak apply optimism. Bluffs suma tu. In other wordsnya, aku tak suka letak harapan tinggi tinggi. Lagi tinggi kita mengharap, lagi sakit kita apabila jatuh dikecewakan. Final sem lepas pun aku cuma harap aku tak kena resit paper je. Sebab risiko nak kena buang tu ada. Aku takkan boleh tidur nya kalau kena resit sebab aku memang jenis fikir sampai overdose. So regardless the shape of my result, bulat ke pangkah ke, it doesnt matter because what happened is under His hands. Aku belum cukup berani nak merungut kat Dia sebab aku pun amalan macam mana ja. Opps bukan berani, I should say brainless.

Jangan lah rasa diri kau tu paling teruk dan bangang sangat. Ada lagi yang tak bernasib baik but they are fighting for their survival. Jangan rasa kau paling cikai sedangkan paling cikai kau mungkin terbaik bagi sesetengah orang. Jangan rasa kau boleh pandang orang dengan rendah sedangkan mereka pun dah jadi setinggi boleh dengan segenap nafas mereka.

************

Minta maaf kawan kawan andai terasa segala apa aku cakap. Aku pun ada perasaan korang pun ada perasaan mereka pun ada perasaan. Semua orang ada perasaan. Kecual gadis comel, mereka pun ada perasaan tapi perasaan terhadap aku.haha

Aku boleh bersabar. Dan aku tak marah langsung. Aku bengang dan terkilan. Takda unsur sentap dan menyentap kat sini. Aku tak perlu orang datang dan cakap kat aku "Sabar sabar" sebab aku pun dah tau tu. Tak rasa useless and fruitless ke effort anda tu bila cakap such craps kat orang yang tengah bengang dan panas? Cakap "Sabar sabar. Bertenang" suma tu boleh ke bawak effect apa apa? I sincerely dont think so. Jangan buat menda sia sia dan sampah. 

Dan kalau boleh, kalau terbaca status seseorang yang tengah bengang kat facebook tu, janganlah gedik nak luahkan ayat kaunseling kau yang kononnya boleh membawa sejuta keamanan dan ketenangan kat dia. Nope. Do the pissed off guys a favour wont cha. Stop suffocating them with your instant and temporarily  caring side. Just stop. Nak kata ko lagi bagus lah sebab tak senang marah dan suka suruh orang sabar ke huh? Huh? Memang lah lagi bagus sebenarnya.

Aku serius pasal minta maaf ni. Sorry kalau terasa. Kalau nak kurangkan terasa kau tu, cuba tukarkan perkataan kasar jadi lembut. Contohnya tajuk, Aku Rasa Celaka Comel. Takpun "tak macam orang celaka comel" Stim dan ghairah kan ? HAHA

I seek no war.

Saturday, April 2, 2011

Aku Rasa Pelik 1

Tak cool pun kalau peluh.Kalau hensem baru cool.
SWEATER. MEMANG SWEATER INDEED.

Assalamualaikum.

Memang pelik. 8th post.

Hari hari kelas aku sentiasa dibasahi. Bukan dibasahi air mata kesedihan atau kehujanan, tapi air garam berlebihan. Ya memang aku cepat berpeluh. Orang kata pasal aku metabolism tinggi. Aku bukan budak medic so betul lah kot tu. TAPI aku bukan jugak seorang yang hyperhydrolisis-kot-entah-aku-tak-tau-nama-betul-dia. Atau mende mudahnya ialah, peluh berlebihan melebihi 7 liter gelas sehari. Eh aku bukan jejaka itu. Bukan.

Orang ada pulak kata, " Eh peluh lah nampak seksi. Badan berkilattt fewittt !" Yang kata camtu mesti sama ada lelaki gay ataupun perempuan pervert. Kalau ada perempuan camtu, memang serasi dengan aku. Anyway, pale hotak dia peluh tu seksi. Kau tak rasa orang yang berpeluh punya perasaan. Melekit eww eww tak selesa kott. Lagi lagi kalau ada membe pegang belakang pulak. Memang sengaja. Jahanam betul. Kalau berpeluh time riadah tu takpe lagi, barulah sexay. BUTT, ini berpeluh time balek kelas dan sebagainya. Rimas kot. Tak cool lah peluh. Memang pun, kalau badan cool takkan berpeluh nye kan =.=

Logik norma badan manusia, apabila panas akan berpeluh. Orang yang kurang berpeluh dia kurang sihat sebab banyak garam tak buang dari badan. Tak lama lagi kau darah tinggi lah tu haha. Ok gurau.

Ape yang kau peliknya cepatlah cakap bangang. Sampai 2 3 perenggan mencarut.

Straightly, aku rasa pelik bila melihat kewujudan makhluk aneh yang pakai sweater. Siang hari. Kat Malaysia. Tatkala matahari terik stim memancar. Mereka satu kewujudan yang aneh. Bagi aku.

Mungkin aku just jealous sebab aku cepat peluh so sebab tu aku tak berani pakai sweater. Err. Satu sebabnya, aku memang tak suka panas. Kalau peluh sikit aku rasa nak mandi dah. Ok peluh banyak sikit  la. Sebab tu lah aku pelik kenapa masih ada orang pakai sweater walhal jelas Matahari dah cakap, weh aku ni hotstuff kot kau pakai sweater kenapakah. Bila aku fikir fikir, aku macam tengah buat denda helicopter. Err helicopter tak tau ? Sape suruh homesick tak nak masuk asrama haha. Denda tu ebih kurang macam kena pusing pusing la. I ended up with not getting my tail, with no answer to my subtle question.

Maybe this weird existance still moving because they posses these weird erm. . thing.

1. They have the retardness to ever think Malaysia would bear snow out from its sky.
2. They have the retardness to copy what they saw in tv's or movies or dramas.
3. They have the retardness to have the mindset which is "Oh I'm hot. So I dont want my hotness to radiate to the people around me. What a caring person I am !"
4. They have the retardness to fantasise that Malaysia is a 4-season country. Yes it is, but the season is #Fruit season, Football season, Reality Tv show season, Election season.#
5. They have the retardness to misunderstand the concept of suffixes -er in English. Sweat-er means sweat-making-clothes. Seriously. I'd asked the most powerful man in English. Johhny English.

Yang bawak motor, perempit tu acceptable lagi kan. Sebab dorang nak halang angin dan sebagainya lah kan kan. Ok tolerable. Tapi yang pergi kelas pun nak bersweat-er, janganlah winter sangat lah kan. Panas lagi seksa dari sejuk kan. KAN. Fikir masak masak dulu. Bukan nak pilih awek je kena fikir. Pilih baju pun kena fikir jugak. Yelah, sebab ada orang kata perempuan tu ibarat baju, boleh tukar tukar. Opps.

Tapi tapi, ada jugak membe aku yang buat macam ni. Janganlah sentap segala nak bagai kalau terbaca ni pulak. Korang tak retard pun. Korang hensem. Lebih dari aku. Tapi itu jelah kan. Sebab kan aku dah kata...*nada bisik bisik*

Aku rasa pelik. Memang pelik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top