Assalamualaikum. InsyaAllah kali ni tak jadi draft.
Nothing beats a nice cup of coffec with a book to read |
Baru baru ini, aku tersedar satu perkara bila membaca tulisan tulisan orang. Aku tersedar ada satu perkara negatif dalam hobi membaca aku ni. Dan bila aku terfikir pasal perkara tu bila aku sedang membaca, aku akan jadi down terhadap diri sendiri.
Apabila aku membaca penulisan di internet yang awesome, aku rasakan yang aku tak dapat outsourcekan apa yang aku baca ni lansung. Yang ada hanyalah input. And what makes thing worse is that, aku rasa aku tak mampu hasilkan penulisan yang sama hebat dan menarik untuk dibaca. Have you ever have some kind of inferior feeling when you are reading tremendous piece, you have this vibe that you couldn't yield the same level of writing? I always do.
Why?
Dengan menyalurkan setiap apa yang terlintas di kepala kau barulah kau boleh susun atur apa yang kau sedang fikirkan. And who knows, you might have some pretty awesome shits occupying your head ready to be blasted out. Sekadar berfikir dalam kepala, segalanya nampak samar samar dan tak teratur. Contohnya, kau ada list of things yang kena setelkan tapi kau cuma shortlisted dalam kepala. While you're at it, you have the tendency to lose your priority. Tapi kalau kau create the task flow, everything would be smooth. Faham tak?
What I'm trying to say is, it is good to exercising your brain thinking potential but while you're at it, apa kata kau latih diri untuk memfizikalkan yang abstrak?
The tricky part?
tricky part is tricky |
Berat otak berfikir berat lagi tangan menulis
Analogi simple tapi kena dengan apa yang aku maksudkan dengan "tricky part" tu. Kadang kadang penghasilan idea tidak sesusah pelaksanaan. Segala yang kau fikirkan tak semestinya dapat disalurkan ke jari jari kau membentuk ayat. Contoh la kan, waktu exam, kau rasa macam kau tau jawapan sebab kau ada memori tentangnya, tapi entah kenapa bila kau try nak tulis, tangan kau freeze. Macam tulah lebih kurang. Dan aku rasa masalah macam ni dihadapi oleh sesetengah penulis yang ada tabiat mendraftkan entry blog mereka.
Kelumpuhan jari kau untuk mengadaptasi fikiran kau bukanlah satu penyakit yang tiada ubatnya. Apa fungsi stretching sebelum bersukan? Untuk mengelakkan kekejangan dan mengfleksibelkan urat kan? That is the sole thing that you need. There is one universal way to be good at something, no other than accustoming yourself to it. Jadikan menulis itu satu habit.so that otak kau takkan kejang dan jadi lebih fleksibel. Sebenarnya tak perlu untuk tulis satu karangan panjang pun or tak perlu menulis lansung pun. Cukuplah dengan jot down your thoughts ataupun berdiskusi dengan sesiapa. Asalkan kau tak peram sampai kepam dalam kepala cukuplah. Outsource em' my friend, outsource em.
And what would you become?
Become Batman maybe? No of couse you wouldn't. Cause I'm Batman |
Melencong sikit. Aku ada satu stereotype terhadap pendebat, debaters, pemidato or simply orang yang high level dalam human communication. Bagi aku, orang yang pandai cakap mesti pandai tulis. Sebabnya, macam yang aku sebut kat atas mereka dah terlatih untuk mengeluarkan buah fikiran mereka kepada kata kata atau journal. Tengoklah pemimpin yang pandai cakap, dan bacalah "air tangan" mereka. Aku berani jamin yang they write as good as they speak. Tak macam sesetengah pemimpin tertinggi, cara cakap pun bosan, baca teks, pastu takda satu pun writing dia yang awesome. Okey, terkutuk pulak.
On the other hand, good writer doesn't make you a good speaker without adequate skills and training. Blogger blogger terkenal maybe boleh menulis dengan bagus tapi maybe communication skills dia lebih kurang kita, orang biasa ni ja. Penulis yang baik tak semestinya dijamin yang dia boleh berbicara sehandal tulisannya.
Internet famous
Well, still cannot pay bills with fame |
Apa yang orang rasa atau fikir bila tengok video atau hasil kerja dorang?
"Pergh hebat gila " or
"Ada point jugak dia cakap tu" or
"A ah tak terfikir pulak macam tu"
Aku andaikan yang ramai kagum dengan kerja kerja dorang. Tapi pernah terfikir tak kenapa dorang boleh capai apa yang dorang ada sekarang ni? Macam mana dorang boleh berfikir dan menghasilkan work yang hebat macam yang korang tengok dan baca?
Ramai yang hanya tahu kagum dan memuji, tapi berapa ramai yang cuba nak tiru atau berusaha untuk sehebat dorang? Jangan salah faham di sini, orang hebat tak equal blogger hebat atau vlogger hebat. Aku tak kata macam tu. Bukannya kena ada blog atau vlog untuk jadi orang hebat. Cuma dorang ni aku acknowledge sebagai pemikir yang hebat. They think hard and the better part is, they work harder to get best product.
Macam mana dorang boleh achieve sampai ke tahap ni? Aku percaya yang dorang pun lalui proses development yang sama yang akan kau lalui kalau kau start develop diri sendiri. Cuba tengok earliest works dorang? Adakah dari awal dah awesome? Or dari awal hambar tapi dorang pick up the pace slowly dan masuk gear by gear? Aku nak jelaskan yang aku takda lansung niat nak mendoktrinkan bahawa famous itu equal hebat. Aku cuma nak ambil contoh.
Jadi cukup ke sekadar tengok dan kagum?
You. Yes you
sweet dengan diri sendiri takpa |
Communication, verbally or written is arguably the robustest weapon you can have in your arsenal. If you holistically sharpened either or both, you probably don't even need a college degree to get a nice job. Orang yang advanced dalam communication akan ada job prospect yang tinggi.
Aku setiap hari bercakap. Means setiap hari is my verbal training. Tapi bukan setiap hari aku menulis. So for that cause, aku kena practice abundantly untuk sampai ke satu tahap yang aku boleh berpuas hati. Entry ni adalah salah satu daripadanya. Kalau sesiapa yang sedang membaca ni terasa, "Merepek apa mamat ni? Tak best langsung cara penulisan", that implifies that I'm still picking up my pace in this. Told ya I'm not good enough.
Alhamdulillah tak jadi draft. Wooho.