にんげん は そう いう もん ー せんせい

Monday, September 17, 2012

"Dah tu? Kau nak lari ke mana lagi?"

"Kau cakap ape tadi Mar? Mak tak berapa dengar. Kau mengarut ape ni?" tegasnya dengan nada yang setinggi. Retorik ibunya.

"Alah mak nak start marah la tu. Lek lu. Mak tu tengah pegang pisau. Jangan marah marah. Kang nanti..haa.. Masuk Mastika la jawabnye nanti. Hehe." Amar cuba berjenaka, menenangkan suasana. Entah apa yang membuatkan ibunya terlucut perisai tenangnya itu.

"Kau kalau main main lagi sekali, mak tak jaminnn." Berbau amaran. Amar tahu ibunya jarang beremosi melainkan ibunya sedang serius. Jadi sekarang ni ibu tengah serius lah? Ooo. Kena serius jugak lah ni.

"Tak. Amar bukan ape. Amar cume kata, kalau, KALAU Amar nak berhenti U, ape pandangan mak. Tu je nak tanya. Ish mak chill la. Belum announce official lagi. Hehe. Tak, tak, gurau. Tanye je. Jawab la mak." Amar masih belum habis bergurau ringan. Mungkin dia tak tau hati ibunya berbukit mendengar kata kata anak keduanya itu.

"Kau tanya pun menda bukan bukan. Mana tak mak nak marah. Ade ke patut berhenti U, dah elok elok kau tu ha, nak masuk tahun kedua dah pun. Tiba tiba nak stop. Eh mak tak faham lah. Ape yang tak kenanya? Mak nak tau ni". Ibu gopoh cuba menyelongkar jawapan dari Amar. Hoi Amar, cepatlah aktifkan mode serius kau tu. Alang alang ibu dah serius. Ish!

"Bukan ape mak. Memang la nak masuk tahun kedua. Tapi. . . " terhenti di situ.

"Mak bukan drama bersiri lah Mar. Mak tak suka suspen. Jangan lepas "tapi" kau tu, bersambung minggu depan sudah."

"Tapi Mar tak nampak la masa depan Mar dalam bidang doktor. Ni takde kaitan dengan study takpun result Mar eh mak. Jangan nak buat hypothesis sendiri". Mentang mentang ibunya guru subjek sains.

"Mar..." keluh nama anaknya itu dengan nafas panjang. "... takda siapa boleh nampak masa depan Mar. Kenapa awal sangat kau putus asa ni. Bukan Mar yang mak kenal."

Senyap seketika. Ibunya menunggu reaksi anaknya. Anaknya menunggu kesinambungan keluhan ibunya.

Mar yang bersuara dulu.

"Memang. Memang Mar tak patut fikir camtu mak. Mar pun pelik, kenapa Mar boleh pikir macam ni. Padahal Mar yang pilih jalan. . . ."

"Apa?" Dihentikan ibunya sebelum sempat dia berseloroh. "Cuba kau cakap kuat sikit. Eh yang kau tu pun satu. Ade ke nak cakap jauh jauh dari ruang tamu tu. Mari datang dapur ni. Kau ingat telinga tua mak kau ni dengar sangat ke?"

Memang pelik perbualan serius sebegini dilakukan sebegitu lewa. Mar bangun malas mengheret kakinya ke dapur.

"Padahal Mar yang pilih jalan ni dulu kan mak. Nak jadi doktor. Jadi hero di hospital. . " Terkial kial dia mencari ayat yang sesuai.

Ibunya menunggu. Mar bukannya budak budak lagi. Mar bukan seorang yang tak reti buat keputusan. Ibu kenal Mar, dia tahu Mar memang matang dalam buat keputusan. Kalau nak dibandingkan, Mar lebih kedewasaan dalam pemikiran nak bandingkan dengan abangnya yang seorang tu. Tahu Log In Facebook Dapat RM100 je tiap tiap hari. Haish.

"Tapi Mar rasa, Mar rasa masa depan Mar bukan dengan doktor. Erm, maksud Mar, Mar tak nampak, tak boleh bayangkan Mar jadi doktor in the future nanti. Bukan apa yang Mar betul betul nak untuk 20 30 tahun lagi. "

"Mana kau tahu Mar. . . perjalanan kau jauh lagi. Mana boleh kau putus asa sekarang. Kau jangan.."

"Mar bukan putus asa laaa." Pantas dia memotong ibunya sebelum sempat diceramah. "Mar cuba berfikiran realistik mak. Memang boleh nak optimistik, nak bagitau diri sendiri "buat sampai habis" beratus kali pun, tapi kalau dah hati Mar berat mak, Mar rasa diheret. "

"Hidup ni mana pernah ringan nak."

"Mar tahu. Cuma ..."

Bunyi kipas dapur mengisi kesunyian sementara dek Mar yang terputus kata tiba tiba. Bunyi itu berselang seli dengan bunyi pisau dapur bertemu chopping board. Waktu waktu macam ni pulak bunyi ni boleh rhyme!


"Cuma Mar percaya kalau kita betul betul nak buat sesuatu tu,kan, walau susah macam mana pun kita akan cuba sambil tersenyum. Tapi kalau separuh hati je, buat pun cincai. Kalau fail skit, mulalah stress. Macam sekarang ni lah mak. Memang la Mar dah nak masuk tahun dua, tapi tahun satu mak, fuhh. Mencabar gila. Mar tak pernah rasa macam ni. Sebelum ni usaha gila gila pastu la result lebih kurang. Sekarang usaha gila meroyan sikit habuk kabus pun tarak mak. Usaha dengan jiwa Mar tak selari kot mak."

"Hati kau banyak titik hitam ni hahah" giliran ibu pula dengan jenaka hambar.

"Eh sejak bila pandai buat lawak ni. Ish. Tengok dah lupa dah kat mana. Erm. Haa. Macam yang Mar cakap tadi..."

"Cukup. Mak faham. Mak tengok muka kau mak dah tau. Kau hilang cahaya excited kau tu bila buat something. Macam cahaya yang ade kat muka kau bila kau buat homework subjek yang kau suka. Macam bila kau mengorat akak jual ABC kat simpang tu. Macam bila kau save penalty time final futsal tournament kau tu. Mak tahu cahaya tu. Dan mak tak pernah nampak cahaya tu kat muka kau. Bukan semenjak kau pilih jalan medik ni."

"Mak. . ." terkedu Amar.

"Bila kau dah cakap macam tu, mak takkan komen apa apa dah. Mak kenal kau, kau bukan jenis maen maen. Dengan buku falsafah bertan tan yang kau dah khatam tu, kau lah orang paling matang bila buat keputusan. Tak padan dengan muda. "

"Eh tak sume falsafah eh. Ade jugak novel Hlovate apeeee"

"Kau kalau potong aku cakap sekali lagi, aku potong kau dengan pisau ni. Haaa. Jangan maen maen dengan orang tua tengah serius."

"Eh mak ni cepat betul tukar angin. Ok foine. Sambung sambung."

"Amboih 'foine'. Gedik bebenor ayat kau. Macam mak cakap tadi, mesti kau dah fikir kan odd and consequence sume tu. Mak pun tak terkejut kalau kau cakap kau dah fikir pasal ni berbulan bulan. Kan?"

"Herm adelah dalam 1, 2 setengah bulan."

Senyum ibunya. Dia mengenali anaknya itu. Biar anaknya jarang jarang sekali minta pandangan tentang sesuatu. Terlebih matanglah katakan.

"Tapi Mar, nanti orang kata kau melarikan diri pulak. Kata kau tak mampu carry on, so stop. Kau sure yang kau bukan melarikan diri je ke ni. Mak percaya kat kau, tapi kadang kadang hidup ni banyak tricks dia jugak."

"Herm biarlah dorang nak kata apa mak. Bagi Mar, hidup ni kena ada lebih dari satu pilihan. Selalu kita dengar orang kata dalam ceramah, quotes, kena usaha sampai habis bagai. Tapi hidup pun takdelah selinear tu kan. Takkan tak boleh ade pilihan kedua bila pilihan pertama dah tak mampu jadi yang utama? Kalau sesak dengan pilihan pertama, dan pilihan kedua boleh memberi ruang bernafas, ape salahnya? Inilah antara turns turns in life yang Mar dah tetapkan. Mar realistik, bukan optimistik. Apa yang diyakini tak boleh, kita biar, kita larikan diri ke apa yang boleh."


Ibu tak mampu berkata apa apa.

"Kau sure? Kalau kau nanti dah tak mampu melarikan diri lagi macam mana? Bukan mak yang berlari dengan kau ni. Mak bukan kompas hidup kau. Kau lah tetapkan arah kau belayar."

"InsyaAllah selamat. Kot. Hehe. Tapi, tapi Mar dah masak masak, erm, fikir masak masak dah. 2nd choice Mar insyaAllah akan berjaya. "

"Mak pun harap macam tu lah. " Akhirnya ibu memberikan lampu hijau. Yes! Anak muda itu besorak dalam hati. Sekarang bagi ayat finishing power sket biar mak aku cair. Woohoo!

"Thanks mak" Senyum terukir. Di kedua dua wajah. "This is my second choice Mak. And I want to press that 'start' button again, with your blessing attached. If I was gonna do this, I'm in no way gonna pull this off without you. Believe in me, because I'm your son and I love you."


"Amboih ayattttt. Dah tu blessing bapak kau bila nak mintakkk? Ingat nak gulakan mak aje ke. Bapak kau tu final boss tau. Hahaha"

"Hehehe tau lah. Bapak payah sket so dia last last. Mak senang nak ayat, takpe. Hehe."

"Amboiiiii!!"

"Lari dulu!" *zupp*

Sekian.

1 comment:

Amira Ilyani said...

Ape second choice nya? Punya lama tk update, sekali update ending samar2.
Huehue gurau2, untunglah duduk jepun, bahasa melayu tak tercalar sikit pun. Bravo2~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top