にんげん は そう いう もん ー せんせい

Sunday, March 20, 2011

Ambang Asuhan Jepun ( AAJ )

Assalamualaikum

Theme Scream Park
Aku cakap 3rd post aku pasal AAJ. Termenipu sikit. Okay 5th post baru betul; AAJ.

FOREPLAY ; AAJ

Err err korang tau ke AAJ tu ape? Ok aku tau mungkin tak famous macam K-Porn K-Pop korang tu. AAJ ini ialah satu Program Persediaan Ke Jepun. Alah korang tau preparation A-level, IB untuk oversea tu kan, macam tu lah AAJ ni cuma dia ke Jepun dan tak ada nama fancy fancy macam other preparation course. Program ini adalah sejajar dengan dasar yang mantan PM, Dr M. perkenalkan yakni ; Dasar Pandang Ke Timur. Waktu tu program ini adalah antara program yang terawal yang menghantar anak Malaysia lepasan sekolah menengah ke luar negara. Kot. Sekarang aku batch 29, so start 1981 lah kan kan. Ya ya ya Sejarah memang bosan, lagi lagi bila kita dengar je kita rasa,"Motif aku tau mende ni? Wade wade wade fak."
RPKJ atau dikenali dengan Rancangan Persediaan Khas Jepun ialah salah satu program yang pernah digagaskan Tun Dr Mahathir untuk Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1981. Salah satu tempat khas program ini adalah di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya.
cekau dari blog 28th
THEY HAVE HELL IN FORM OF PREPARATION COURSE.

Mereka pergi sekolah pakai skirt pun takda nak geli geli.
Kalau aku claim ni program persediaan(ke oversea) paling tough kat Malaysia, aku rasa mesti ramai tak setuju dan kata "Ape kau bajet tough habis pulak program kau? Program aku lagi susah kau tau! Program Persediaan ke Alam Kahwin! ". Ok abaikan hambar. Tapi mungkin hakikatnya itulah kot. Bukan aku nak mencomel mengomel tentang susahnya hidup ini, aku tau ada lagi susah, but personally course ini memang sangat mencabar ketahanan minda dan kekuatan nafsu iman. Kalau tak bersedia dari awal mentally physically, susah nak survive kat sini. (Aku tak patut potong nafsu kat atas tu. Serius.)

AAJ'S MENU. Menu utama adalah cikaro Jepun. haha. Tak tak, ini sebenarnya jadual perjalanan kami, all nerds of AAJ. 
Perempuan memang cute kalu muka tengah rajin. link

1. Kelas bermula pada pukul 8.00 pagi. Standard lah tu pukul 8. Tapi kena sampai awal sebab punctuality memang orang Jepun teliti pasal ini.
2. Kelas habis pukul 6.00 plus minus. Tapi biasanya plus plus lah. Sensei pulak tak tengok jam bila mengajar. Saviour nya adalah jam orang bunyi bipp signal dah pukul 6. Memang haram haha.
3. Sebelum masuk kelas, wajib , selepas mandi wajib lah, kau kena buat Yoshuu(review) pasal esok. Confirm sensei akan tanya. Kalau tak jawab kau sanggup ke pandang balek stare dorang. Ohh tidak.
4. Setiap hari wajib ada shukudai(homework). Ini bukan makanan ruji tapi dah jadi oksigen budak AAJ. Malam tu kena siapkan cepat cepat sebab nak yoshuu untuk esok pulak.
5. Setiap hari wajib ada kuiz, setiap minggu wajib ada test. Ini macam bayang bayang korang lah. Lari pun dia akan sentiasa main kejar kejar dengan kau.
6. Tak lepas setiap test, wajib ada tsuishi.(re-test). Ini budaya dan tradisi bagi orang orang yang tak berapa otak Jepun sangat macam aku. Tak lepas tsuishi lagi. Tak lepas lagi amek lagi. Ikut suka sensei tu lah.
7. Setiap kali cuti wajib ada break kadai(assignment cuti). Dah haram hukumnya kalau kadai tu tak setebal buku teks. Mesti sama tebal atau kurang sikit punya.
8. Kalau stress, wajib usha sensei wanita*bagi lelaki* kasik hilang suma nayami(masalah)

eleh takde lah tough sangat kau lelebih, bapuk betul.

*spoiler. Segala yang berkaitan dengan AAJ mungkin atau memang ada persamaan dengan program persediaan Jepun lain seperti JAD, IBT, KTJ dan Petronas punya. 

AAJ ; DULU dan SEKARANG
Well zaman dulu dulu dengan AAJ sekarang ni dah banyak beza. Macam setiap sekolah yang mengalami perubahan kat tradisi by time, samelah dengan AAJ. Dulu pelajar ni dibenarkan mengambil major ape ape yang dia suka dan hati dia suka kat Universiti Jepun sana. Tapi sekarang pengkhususan bidang adalah kepada engineering saja. Dan some rare cases of pharmacy and denstistry. Mungkin itu antara sebab utama kaum awek semakin kurang dalam course ni. Ahh kechiwanya. 

Besides that, walaupun dikatakan program ini adalah antara yang tersenang untuk terpilih, tapi bilangan pelajar dia juga makin berkurang by time. Dulu standard satu batch seratus lebih. Sampai 200 pun ada. Tapi batch aku pecah rekod tradisi AAJ dengan tak sampai seratus pun ,86 je -__-''. Aku terbaca yang kekurangan di adalah semasa pemilihan tu ada sedikit komplikasi dalam JPA. But wadehek, terima jelah. Lagi sikit lagi senang unite kan. Haha yeah like I never hear that kind of shits before. Pfft

AAJ's NERD HOBBY ; DRAMA
Stress is work

Ya memang itu takdir yang tertetap untuk student AAJ. Bila masuk sini je mesti akan lumrah, hobi dia akan bertukar. Ya memang kalau budak AAJ yang tak pernah/tak suka buat menda ni, aku yakin dia akan jadi skizo. Yelah nak buat ape lagi kalau nak hilang stress. Kalau nak hilang stress dengan usha awek, kena turun bawah. Ish lambat lambat. Sempat nafsu habis dulu.  Ish.

Sebelum habis program AAJ, modul dia ialah kitorang paling kurang boleh bace/tulis dalam 2000 lebih kanji. *Tapi itu pun tak menjamin boleh baca paper dorang pun*. Dan juga sebelum habis program ni, kitorang paling kurang pun dah khatam 40 lebih drama Jepun. Hiperbola. Tapi macam tulah, drama dan kehidupan budak AAJ memang berkisar dengan drama. Kalau tanya sekor sekor buat apa time cuti, "Aku tak buat sepatah habuk pun kerja. Drama drama drama haha" Macam satu dadah. Tak reti nak tengadah.

Sebenarnya menda ni pun bukan kitorang develop sendiri. Even dalam kelas kadang kadang sensei ada cakap kena banyak tengok drama. Bukan sekadar tengok bijin(awek cun) je, tapi kena dengar cara percakapan dorang, gaye hidup dan budaya dan blah blah. Takda alternatif lain sebagai pendedahan awal kepada Jepun selain drama. Takkan nak perhatikan sensei Jepun kat sini. Aku rasa mereka duduk Malaysia ni, mungkin lama lama pun terikut dengan perangai orang Malaysia. Haha. They are not a bad example, I clarify here, but melalui drama lagi banyak contoh, lagi banyak culture, lagi luas scope yang boleh kita ambil. Tapi ada je example dan attitude orang Jepun yang kita boleh examplate dari mereka(sensei), takda masalah. Mereka pun ada nilai orang Jepun juga ; punctual etc.


AAJ ; SILIBUS.
First year's arsenal.

Kalau nak dibandingkan secara first glance, mungkin ada orang akan kata subjek asasi lagi susah dari kitorang. Alah nampak susah sebab semua dalam Nihongo(japanese) je. Ok no doubt mungkin betul. Tapi sebalik itu, kami di sini sebenarnya dididik dengan silibus budak sekolah menengah di Jepun. Rasionalnya ialah, selepas high school mestilah masuk U. Tapi high school Malaysia dan Jepun tak sama. So overallnya semua yang kami belajar adalah dari cebokan silibus high school sana. Dan kebanyakannya ataupun semuanya sensei  Jepun ialah sensei high school di Jepun yang berkerja secara kontrak di AAJ.

Namun akan mungkin kedengaran "Haha subjek high school je kot! Takdelah susah mana" Opps. Salah ! Taraf pendidikan kat Jepun dibandingkan dengan Malaysia ada bezanya. Aku belek belek buku teks subjek sains(Jepun) aku, susah dia sampaikan "Aku rasa ini kalau kat Malaysia dah masuk Universiti baru belajar ni" Malahan sensei aku juga bila mengajar, dia akan tanya "Yang ni dah belajar belum kat highschool dulu?" "Ttakk". Dengan kerek dan lawaknya sambil senyum nganjing dia jawab "Oh yang ni sensei kat sekolah rendah pun dah belajar" Haha dia memang lawak. :D Tapi kalau ada menda yang dah belajar, aku laju laju cakap "Oh ni kat Malaysia pun dah belajar " Nak jugak lawan tu chilaka betul haha.

AAJ ; PENCARIAN MOTIVASI

Macam yang aku dah cakap kan kat atas, tanpa mental dan fizikal yang kental, susah nak survive kat AAJ. Tapi jangan risau, bila bila kita tengah lost dan mencari kekuatan, yakinlah time tu Allah akan kirim semangat melalui sensei sensei atau senpai(senior) dalam bentuk words of wisdom mereka. Dah  banyak kali berlaku kat aku. Memang ada time dia aku rasa fed up fucked up, tapi bila dengar words mereka, its damn soothing and tranquilising. Not easy untuk aku when you are in the league of the smart asses, but you are not even in their league. Nak cari kekuatan dalam that kind of slipstream memang taihen(susah). Tapi syukur lah semangat ni still tinggi lagi.
Kurang mengeluh kurang lah berpeluh.

Dalam satu lecture, one of my respected lecturers, Dr. Zoraida Mustafa bercakap tentang AAJ dan kenapa course ini memang susah. Berikut adalah kata kata beliau yang aku samar samar ingat.
 During my time, things are hard. Sensei rasa tak tahan dengan AAJ sebab memang susah. And at that time, I turned to the first principal of AAJ(ini yang aku ingat lah); Prof Diraja Ungku Aziz. He was one of the founder of AAJ together with Dr M. He blueprinted the modules and structures of AAJ. Sensei mengadu lah kat dia kenapelah susah sangat life AAJ ni. And he said.
" You students are like potatoes. You guys are to be served on the table, and you guys have to be cooked fast. Tapi kalau kita kuatkan api, kentang akan terbakar, hangit, tak boleh makan. And kalau kita slowkan api, kentang akan tak cukup masak. So what do we do ? We put you guys into a pressure cooker."
That one struck me right into the heart. Sharp words wisely said. That is why when sensei sensei time mengajar, but occasionally when they stop and start digressing, I stop looking at books and hear thoroughly on each sounds that comes out from their mouth. There are times aku begitu takut dengan result aku, aku push gila gila kerana membe membe lain suma perform, then right on the spot sensei cakap kat lecture yang memang melegakan aku gila gila ;
"You guys doesnt have to be perfect. You just have to be good. Enough."
To kohai(junior), yes life AAJ sucks. Sorry to say tapi memang betul. Tapi what do we cherished more? Life after load of shits and hardships, of life yang senang lenang kaki lenggang ? "Tak pernah sehari pun kat AAJ kita diajar menjadi lemah. You have a war and you struggle everyday. But that is what strengthen us kan"

AAJ ; SALAH FAHAM. DISCLAIMER.

Kami pun bersukan jugak. Picture: sports day
Kami pelajar AAJ di sini ingin menyangkal dakwaan tak bertanggungjawab sesetengah pihak bahawa "Ohh dia budak AAJ mesti budak pandai up kerek sombong blah blah". Ini amat menyentapkan bila dituduh sebegitu rupa. Saya mewakili Rpkj 29th ingin menegakkan bahawa kami semua sama dan tak pernah kerek. Setiap kali aku atau orang lain berborak dan ada masuk pasal akademik sikit, mulalah "Kau takpe budak Jepun, budak pandai." Pelempang Jepun pernah makan ? Biasa rasa ? Bukan aku la yang kasik sebab aku bukan orang Jepun, aku suruh sensei aku kasi.

SEKILAS DARI BALA
Oinori o okuru. Japan e

Ini bukan Bala, batch aku, tapi ini bala yang Allah turunkan ke bumi Jepun; tsunami. Mungkin kita boleh kata ini petanda kiamat dan sebagainya tapi Dia lagi mengetahui. Amat tersentap apabila berita itu sampai sebenarnya. Ada dari keluarga sensei kami yang terkena kesan dari bencana tu.Bumi yang selama ini kami damba dan dreams about, sekarang ini menghadapi ujian dari Allah. But like every other millions have said, Japan will rise again stronger. InsyaAllah. Send our prayer. 

東日本 大地震と津波のニュース、言葉が見当たりません。被害にあわれた方々に 心から深くお見舞いを申し上げます。 本当にひどい状況かと思いますが、 少しでも状況が良くなることを 強く強く祈っています(Berita gempa bumi dan tsunami di timur Jepun, tak dapat digambarkan dengan kata kata. Saya kirimkan rasa simpati dari hati saya kepada mangsa mangsa. Memang satu keadaan yang mengerikan dan saya sangat berdoa berharap agar keadaan menjadi lebih bagus walau sikit pun.





39 comments:

The President said...

ley tahan gak eh idup kt saner..hahahaha,lepak bro,ko pas nie dicelup masuk bdaya jepun..believe me,u will attain the most expensive exp in the world(exaggerate) ..

Farid Izaharuddin said...

Thanks for reading and thanks for exaggerating :)

Abesa007 said...

macam best je hidup sana, agaknya kalau bilik aku macam kolej farid, pastu combine ngan kampus seksyen 13, dan mamak shisha depan rumah aku tu letak dekat sikit ngan apartment murah aku. mesti fun gile!

ok, merepek.

Anonymous said...

Like Like :)..
Walaupun saya lebih berminat dengan Kejuruteraan Korea, this really give me hopes =]

Farid Izaharuddin said...

Apply dulu insyaAllah dapat. sekarang tak ramai yang apply area asia ni sebab ramai yang target Europe. Well bila dah nama pun ramai, persaingan pun ketat lah jugak kan. Chances pun akan lebih slim. Anyway pick your best choice and what you really want. Good luck :)

tohru-kun said...

AAJ daisuki =]
yorushiku

Farid Izaharuddin said...

kochira koso :)

Nur Amira Ilyani said...

does AAJ offers preparation for diploma? or only intec does?
i'm just doing some research preparing for this upcoming interview. hope to reply soon :)

Farid Izaharuddin said...

@Amira Ilyani AAJ cuma untuk program degree ke Jepun sahaja. 2 tahun kat sini, 4 tahun kat Jepun. Kalau nak sambung master tambah lagi setahun. But then kalau mara punya program Jepun, 3 kat sini 2 kat sana. But itu program twinning.

And the answer for your question, bukan INTEC je yang offer diploma, Kolej Teknikal Jepun pun ada.

Good luck for incoming interview. Gambatte.

Nur Amira Ilyani said...

Arigato :) the interview was today haha, Alhamdulillah semua okay. I had to introduce myself in Japanese, luckily did some preparation and the interviewer was like "oh, saya tahu sayonara je" hehe.

oh kiranya ni mmg tk dapat masuk AAJ lah ni haha jk jk. btw thank you :)

qistina fong said...

haha. thnks sngt2 for making this post. i decided to apply for this course immediately after reading your blog. jpa nya results dh kuar tp server error. so x dpt check lg. hopefully dpt!! again, thnks for the very informative and honest post. wish me luck ok. lol. btw, i followed u. ;)

bylahmustafha said...

oh , omg ..seriously , mmg susah mcm nie k ? u made i think hundred times on making decision bout this progrme..im a kampung girl with very low confidence on myself, how i want to survive at this kind of place ? getting afraid lah --'

quebix said...

hahaha, gambare yoo.

If you need to know, AAJ skrg dah dipermudahkan banding syllabus dulu.

Dulu-dulu yg subjek asasi sebijik plus yg silabus jepun pre-u.

memang diakui, to keep us in check with all the information we need to input in our own supercomputer, they need to do all the quizzes, tests, kadai, shukudai etc etc.

batch aku, i dont know if u guys ada nama batch, but we are RPKJ-18, Batch Warisan. Zaman tu ekonomi Malaysia flop. nak masuk AAJ minimum 8As. bebudak yg dulu gi UK and US masuk ke AAJ. Quota ke UK and US dikurangkan.

Masa tu JPA tak bukak tawaran kat mana2. What they did was they take the top 3% of Malaysian student from Lembaga Peperiksaan Malaysia, pergi interview. Yg gi interview tu, dorang amik 3% lagi, then offer ke UK, US, German, Jepun etc.

My batch ada ramai yg 10As, 10A1s etc. It was the first batch yg dapat 100% whole batch pergi Jepun after mombukagakusho shiken. Tak tau la kalau lepas tu ada lagi batch yg dapat. Sebab aku dgr lepas batch aku, syarat kemasukan dah dilonggarkan balik..

anyway, macam sensei aku kat shindai cakap.. Gambarang to akang wa!!

fahrurazi baharum said...

Salam to all. Aku batch ke rpkj 9. Last night hantar anak buah akau batch 29 pi jepun. dia dpt niigata dai. Aku dulu chiba dai. Natsukashi bila citer pasal rpkj ni. Only rpkj student yg tau betapa tensionnya life kat um and betapa toughnya life kat jepun. tapi, semua itu will prepare you for your future life - to be tough! Budak2 jepun mmg lain compare budak uk/us, kami tak manja..nak kena pampered selalu. Survival is our motto. Even masa sebelum pi jepun, masa kena orientasi kat janda baik, batch aku kena level 3 punya orientasi (dekat2 komando). Pukul 2am, tiba2 siren bunyi, lepas tu kena masuk hutan in group, proceed with a quest and cari jalan balik. masuk utan, masuk sungai etc.. esok pukul 5ptg baru sampai.. Now, aku menuai hasilnya, lepas kerja sykt jepun now aku kerja kat oil and gas giant in malaysia, manager... susah dulu, senang kemudian...

Ash said...

Bro,u under scholar ap dowh??ad senior ak kt sini gak,do reply kat chatbox blog ak,tq..

NAURAH JAMIL said...

Aku AAJ batch 31. Baru masuk 2 minggu lepas. Senpai are right. this post really awesome and motivate me. Ganbatte kudasai! :D

Unknown said...

macam mana nak apply ni ??
saya nak sangat2 masuk program ni !
please give me your contact number so that i could ask you questions directly !
@naurah jamil
@farid izaharuddin

Farid Izaharuddin said...

cari aku kat facebook. tanya aku kat sana. aku jarang bukak blog ni,serius jarang. nasib kau aku tiba tiba rasa nak bukak hari ni.

facebook aku, farid izaharuddin.

Capulet said...

thx sebab share,buatkan aku berkobar2 nakkan aaj ni

Anonymous said...

Excuse me but I plan to study Pharmacy in Japan. Is it possible through this program ? Tahun ni spm lagi tapi yes i rteally really really want to go to Japan! I want to major in Pharmacy!

Farid Izaharuddin said...

anonymous di atas, no it is not possible since AAJ hanya offer engineering program shaja. awak boleh rujuk post "Jalan Ke Jepun" yang saya tulis pasal biasiswa yang ade ke Jepun, yang saya tahu. or tngok side bar blog ni, contact via facebook. i tell you everything i know

Anonymous said...

But you said some rare cases ada juga yg dapat Pharmacy ?

Farid Izaharuddin said...

eh aku penah cakap ke ade pharmacy? dalam memory tak penah kot. kalau ada sorry sekadar yang aku tau takde yang amek pharmacy kat sini.


tapi kalau chemical tu maybe boleh sambung pharmacy kalau extend sampai master.

maaf kalau tidak membantu

Aqilah said...

Assalamualaikum,
Saya nak tanye macam mane nak mohon RPKJ? Saya lepasan SPM 2013 dan sekarang tengah nak buat pilihan belajar. Bukak UPU x de pun RPKJ.JPA ke?
Pls tell me how you applied, dear Farid Izaharuddin.And because I've read your comment on Jan 21, how have you been doing? Are you already working?

Thanks for answering. :)

Farid Izaharuddin said...

Wassalam.

Pertama sekali maaf banyak2 sebab tak jelaskan cara permohonan kat post ni. Tapi aku dah listkan beberapa possible way untuk further study ke Jepun dalam post "Jalan Ke Jepun". Boleh check.


Ye RPKJ ni bawah JPA. So kena sentiasa bukak web JPA lah. Aku tak tau la bila musim budak2 apply scholar ni tapi besenye lah memang around lepas dapat result tu. Kena alert, update info ngan membe2 yang nak mohon JPA jugak.

Aku applied online kat laman web JPA je. Lepas tu dia telefon suruh interview, lepas tu telefon kate dapat JPA. Tu je.

I'm still studying right now.

Aqilah said...

OK!Tak pe. Terima kasih byk2!!X de exam ke sblum msuk RPKJ? Sekarang tgh study kat Jepun lah kan? U mane?
U tu pilih sendiri suka hati ke diaorang yg kasi? How's life there? Hmm, lagi satu, nk tnye opinion lah, prospect engineering kat Malaysia ni agak tak berapa OK, tambah2 lagi ramai pulak ambik engineering, so lepas ni nk keje kt mane? Sy rsa nk further biomedical engineering, and yet, I read a blog and many people comment on 'a bioengineering graduate ends up being a salesman even with a degree,in M'sia'.
Oh, BTW, nice blog, lawak giler entry semua...Had a nice time and lots of info from reading your blog. TQ!
p/s:sorry tanye byk sgt....

Unknown said...

kos apa je ada kat aaj ni???

Unknown said...

kalau x tau langsung pasal bhs jepun boleh gak ke mintak?
start masuk aaj ni bulan berapa?

Farid Izaharuddin said...

Aqilah

Sekarang aku study kat Universiti Yamanashi kat Jepun. U tu pilih sendiri tapi pilihan bukannya bebas lah. Cuma U yang diapproved JPA je boleh pilih. Hidup Jepun, entahlah biasa je bagi aku.

Prospect engineering jepun ni luas jugak sebab banyak kilang2 Jepun kat Malaysia kan. Asalkan dapat grad, kerja tu insyaAllah akan dapat lah. Prospect engineering ni memang luas, tapi bukannya luas in term of employability. Ramai yang kerja yang lain dari major yang dorang amek. Asalkan ada degree engineering.

So far AAJ tak berapa tawarkan kos bioengineering rasanya. Kalau IBT maybe ada.

Syifa,

yang biasanya ditawarkan kat AAJ ialah mekanikal, kimia, elektrik, komputer, civil, mechatronics. Bila time nak pilih major nanti dia akan bagi list kos ape yang ada kat Uni2 yang diapproved JPA

Yusuf,

AAJ ni tempat persediaan so semua bermula dari awal. Tak reti bahasa jepun pun takpe. Kalau minat boleh je apply.

Unknown said...

macam mana nak apply AAJ/ RPKJ NI?. APA LAMAN WEBNYA? BILA TARIKH TUTUPNYA? SAYA KELIRULAH... SAYA BERMINAT NAK IKUTI PROGRAM NI... TAPI X TAHU CARA NAK APPLY.. MACAM MANA NAK MOHON? ALAMN WEB APA? SAYA LEPASAN SPM 2013... HARAP BOLEH BANTU SAYA...

Farid Izaharuddin said...

sanusi

aduhai kau ni takkanlah kau expect aku yang kena alert bila tarikh tutup bagai. kau lepasan spm kaulah yang paling kena alert. dah bagitau kan AAJ ni bawah JPA so apply lah kat JPA. sekarang kalau tak silap aku tarikh permohonan dah tutup. aku harap kau sempat tahu jawapan kepada semua persoalan kau tu sebelum tamat tarikh.

benda basic jangan harap or kuat bertanya kat orang lain.

Farid Izaharuddin said...

sanusi

aduhai kau ni takkanlah kau expect aku yang kena alert bila tarikh tutup bagai. kau lepasan spm kaulah yang paling kena alert. dah bagitau kan AAJ ni bawah JPA so apply lah kat JPA. sekarang kalau tak silap aku tarikh permohonan dah tutup. aku harap kau sempat tahu jawapan kepada semua persoalan kau tu sebelum tamat tarikh.

benda basic jangan harap or kuat bertanya kat orang lain.

Aqilah said...

Okay, tq tq tq vm!

ainaqiela said...

Salam. Nak tnye sikit. Kalau nk fly ke jepun after 2 years preparations, pointer brape yg slalu approved untuk ke jepun ??

Anonymous said...

im one of the kohaittachi. and yeah, freaking true.

Anonymous said...

im one of the kohaittachi. and yeah, freaking true.

Anonymous said...

I'm one of AAJ student too.batch ke 34.the newest one.ok baru aku faham berapa tough nya duduk kat tempat ni.

Anonymous said...

Kau masuk aaj ni under jpa mara ke ape ek? Saje nak tau kalau ye elaun dia tiap2 bulan brape ek?

parrfacchini said...

Slot machines found at a Las Vegas casino - JTM Hub
The results indicate that 진주 출장안마 a slot machine with the closest scoreline is worth $15.00. Is the Slot 당진 출장안마 Machine 김제 출장샵 Good? Slot Machines Have 충청남도 출장마사지 the Best 김천 출장샵 Gambling Odds

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top