にんげん は そう いう もん ー せんせい

Monday, April 4, 2011

Aku Rasa Celaka 1

Assalamualaikum.

Waktu mencarut. 9th post.

Hari ni hari orang ambik result untuk Final 2nd sem aku. Well result tu agak penting lah sebab nak tentukan kau kena repeat ke tak. Alhamdulillah lah aku lepas walaupun ada orang yang kandas jugak. Repeat final exam adalah sesuatu yang kritikal kat AAJ sebab kalau tak lepas jugak kau kena bungkus balik kampung goreng pisang petang petang lah. Harap harapnya yang kandas tu lepas insyaAllah. Doakan mereka. Aku faham perasaan diorang. Aku faham. Tak macam orang celaka.

Aku rasa orang macam ni celaka. Aku tak tau kenapa aku marah sangat bila dengar tapi memang get on my nerves. I get mad easily,yes that one is a fact, but piss off is another story. I show my mad face but not my pissed off face. When I get pissed off, I start hooting. With all my might and guts.

CELAKA 1

Aku punya result takde lah ok sangat. Teruk sangat. Sikit pun tak terkesan kat aku sebab aku dah tau lama dah result aku. Nevertheless, aku pun dah expect bentuk result aku sebenarnya. Teruk tak terkata tu tak boleh la cakap jugak sebab aku still lepas repeat. But I'm still in the league of the bong's (last). Dalam 70 lebih gitulah dari 86 orang.

Time rehat kejap, aku pergi ambik seiseki(result) kat pejabat. Ada dua. Satu borang jadah pe tah satu lagi seiseki lah. Dan dan time tu sensei math aku  datang mencelah tanya "Mende tu?" "Seiseki"aku jawab."Rasanya result saya macam elok lah sensei haha" Memang aku gelak. Sinis dan sarkasis. Dan dia pun gelak sekali. Memang supportive. =.= Well no butthurt. On the way balek kelas jumpa sensei lain dia pulak tanya "Kertas apa tu? Nampak macam kertas yang menarik." "Oh ini, result sensei.Result saya dengan apa yang saya fikirkan memang . . ." Aku tak habiskan ayat aku tu. Tak cukup telur. Sebab.

Aku memang tak suka bagitau orang result aku. Bagi aku bagitau result macam bagitau apa yang kita buat dalam toilet lama lama waktu malam menjelma dengan bawak sabun Shokubutsu. In other words, result aku bagaikan satu perkara peribadi. As private as my phone number. Ehem. 

But then, aku memang boleh expect orang akan tanya result aku. Jangan harap aku nak bagitau. Aku akan bagitau pun kat orang yang tau aku memang lembap dan tak pernah nak pandang tinggi kat aku. Yang tanya aku pun mesti kebanyakkannya akan mula camni,"Yid dapat berapa ? Mesti straight nih" Oh fuuuk you. Aku paling tak suka dipandang tinggi. Dan konon kononnya aku power. Ini memang sadis. Pandang tinggi kat aku macam kau keluarkan statement perkauman. Sampai macam tu sekali aku tak suka orang pandang tinggi kat aku.

Di sini memang ramai orang yang berlagak bodoh tapi pandai. Aku yang jarang berlagak bodoh ni takde lah pandai pandai jugak. Orang macam ni aku tak rasa dia humble. Dia cuma nak kurang outstanding. Tapi dia tak rasa orang macam aku ni. Ya memang tak rasa. Apa yang aku rasa? Apabila asyik orang pandang tinggi, puji, tapi sebenarnya hampeh menggelebeh. I'm serious to the bones, aku boleh stand critics, pangkahs, slanders, boo's, everything. Even a stadium of people mocks me, I could endure that. No sweat. In fact, kalau orang seramai stadium tu datang one on one pangkah aku, pun aku tak kesah. Takkan cair sedikit pun taik telinga aku. BUTT, aku memang sensitif when it comes to academical ability. Aku memang sensitif bila orang gelakkan result aku. Aku memang sensitif bila orang tanya result aku. Aku memang sensitif bila orang berkongsi result diorang. Aku memang sensitif towards academic. Aku memang sensitif. Sensitiviti itu sifat wajib maskulin.

CELAKA 2
"Saya douche bag, dan saya OK."

Celaka boleh berjangkit. Celaka boleh melarat. Celaka boleh membiak. Dan terbaru, celaka boleh membangun.

Aku tak suka betul orang merungut. Lebih lebih lagi pasal result diorang. Rungut pasal homework ke, tak boleh faham topik ke, lampi dalam kelas ke, haram blank time kelas ke, aku boleh tolerate lagi. Tapi ni bila orang merungut pasal result. Memang lah up to them nak merungut pun kan. Mungkin mereka dah belajar gila gila tapi dapat lebih kurang je. Tu kot sebab dia rasa nak merungut segala bagai tu lah kot. Lebih lebih lagi bila orang yang berlagak bodoh ni, merungut pasal result dia. Sebelum ni beriya-iya nak cakap kat orang lain, aku rasa aku fail lah, aku last kot lah, aku bangang lah, ni lah tu lah. Tapi tengok result last last ok jugak. KAT MANA SYUKUR KAU TU AKU TAK NAMPAK.

Apa tak reti nak syukur walau sikit ke? Senang je. Kau berhenti merungut tu pun dah cukup bagus dah walaupun kau lebih bagus dari tu kan. Konon kononnya kau rasa result kau paling teruk paling bangang.  Kau rasa orang yang lagi teruk dari kau bila dengar rasa apa? Orang macam aku yang ada bawah kau ni? Aku tak kata aku baik dan selalu bersyukur. Memang jarang. Kita semua pun lebih kurang ja. Saidina Umar(insyaAllah tak silap) pun pernah berdoa "Ya Allah jadikanlah aku antara golongan yang sedikit. Yakni  orang yang bersyukur" Kita mungkin tak  dan susah nampak bila part nak bersyukur tu. Sebab kalau diikutkan setiap masa setiap nafas kita kita kena bersyukur kan. Nak paling senang? Nah. Bila time time macam ni lah kita syukur. Bila dapat macam mana sekalipun result still syukur. Time ni lah. Ye ni lah. Allah takdenye marah kalau kita bersyukur walaupun kita antara hambanya yang banyak mengingkariNya sekalipun. Kan?

Aku bukan optimist tapi pessimist secara berkala. Optimism only works when you have things on your favour. Aku jarang ada situation macam tu so aku tak apply optimism. Bluffs suma tu. In other wordsnya, aku tak suka letak harapan tinggi tinggi. Lagi tinggi kita mengharap, lagi sakit kita apabila jatuh dikecewakan. Final sem lepas pun aku cuma harap aku tak kena resit paper je. Sebab risiko nak kena buang tu ada. Aku takkan boleh tidur nya kalau kena resit sebab aku memang jenis fikir sampai overdose. So regardless the shape of my result, bulat ke pangkah ke, it doesnt matter because what happened is under His hands. Aku belum cukup berani nak merungut kat Dia sebab aku pun amalan macam mana ja. Opps bukan berani, I should say brainless.

Jangan lah rasa diri kau tu paling teruk dan bangang sangat. Ada lagi yang tak bernasib baik but they are fighting for their survival. Jangan rasa kau paling cikai sedangkan paling cikai kau mungkin terbaik bagi sesetengah orang. Jangan rasa kau boleh pandang orang dengan rendah sedangkan mereka pun dah jadi setinggi boleh dengan segenap nafas mereka.

************

Minta maaf kawan kawan andai terasa segala apa aku cakap. Aku pun ada perasaan korang pun ada perasaan mereka pun ada perasaan. Semua orang ada perasaan. Kecual gadis comel, mereka pun ada perasaan tapi perasaan terhadap aku.haha

Aku boleh bersabar. Dan aku tak marah langsung. Aku bengang dan terkilan. Takda unsur sentap dan menyentap kat sini. Aku tak perlu orang datang dan cakap kat aku "Sabar sabar" sebab aku pun dah tau tu. Tak rasa useless and fruitless ke effort anda tu bila cakap such craps kat orang yang tengah bengang dan panas? Cakap "Sabar sabar. Bertenang" suma tu boleh ke bawak effect apa apa? I sincerely dont think so. Jangan buat menda sia sia dan sampah. 

Dan kalau boleh, kalau terbaca status seseorang yang tengah bengang kat facebook tu, janganlah gedik nak luahkan ayat kaunseling kau yang kononnya boleh membawa sejuta keamanan dan ketenangan kat dia. Nope. Do the pissed off guys a favour wont cha. Stop suffocating them with your instant and temporarily  caring side. Just stop. Nak kata ko lagi bagus lah sebab tak senang marah dan suka suruh orang sabar ke huh? Huh? Memang lah lagi bagus sebenarnya.

Aku serius pasal minta maaf ni. Sorry kalau terasa. Kalau nak kurangkan terasa kau tu, cuba tukarkan perkataan kasar jadi lembut. Contohnya tajuk, Aku Rasa Celaka Comel. Takpun "tak macam orang celaka comel" Stim dan ghairah kan ? HAHA

I seek no war.

7 comments:

fawz@n said...

haha tapi kan farid,aku cuma blh pandang rendah kat ko bila ko baring n aku berdiri.klu sama2 berdiri,mmg kna pandang tinggi XD

btw unlike women,org laki mmg la kena biar chill dulu bila panas.
aku laki,ko laki,kita sama2 laki.so sama2 la faham.
pape pun kita sama2 la perbaiki baran masing2 k farid =)
http://generasighurabaq.blogspot.com/2011/02/sabar-saat-pukulan-pertama.html

Anonymous said...

aim small,miss small

Anonymous said...

err..
diam itu lebih baik dari b'cakap.. time marah..
-lobakmerah-

Farid Izaharuddin said...

@pojan dan anom; mana ada aku marah. serius aku tulis dalam keadaan tenang sambil baring atas comforter atas tilam yang bercadarkan cadar Alam Shah. ayat nampak macam kasar tu yang bunyi macam marah tu kot.

anom 2nd; aim beyond your possible gain, pointless.

fawz@n said...

kalau aku lak,aku akan aim beyond my current capability.
coz aku tau aku ni pemalas,so only when i do that je yg aku boleh improve :p
camtu boleh ke farid?

Farid Izaharuddin said...

aku selalu buat macam tu je. tapi yang lainnye, aku takde current capability. its always the same and hardly increasing. so what i' get is more or less the same. kot.

Syuhada Aziz said...

Niceeeeeee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top