にんげん は そう いう もん ー せんせい

Saturday, April 9, 2011

Senpai Sayounara ! ! !

Assalamualaikum.

Malam yang melankolik. Okay 10th post.

Tomarai jikan. Karera no jikan.
Setiap saat yang gugur menanti saat itu, setiap itu jantung aku gugur menunggu. Saat di kala segala dipermudahkanNya. Segala di bawah keredhaanNya. Segala di bawah restu mereka yang tercinta, ibu bapa dan keluarga. Segala di bawah dorongan dan sokongan mereka, teman kala ketawa teman kala hiba.
Yid 

Semester 3 belum lagi bermula secara sepenuhnya sebab sekarang hanya melantak bahasa Jepun je setiap hari setiap malam selama 3 minggu. Habis je 3 minggu, baru perang. Perang dengan segalanya. Nafsu, minda, mental, fizikal, tenaga batin. Semuanya. Segalanya. Aku semakin berdebar seiring dengan   kehidupan sem 3 yang dah mula menjengah jengah time aku nak menunaikan hajat. Pertarungan yang paling besar. Lagi besar dari saat SPM aku. But it will come all to this, all of it; I'm a fighter. This is not a catchy phase. I'm really a fighter. Fighter of Fighters 0509. With that spirit, by that shiny metallic outfit, along with that resilient Just Do It, I'll go. Go for it. Japan.

The DELAYED
Jya mata senpai

Semenjak malapetaka yang melanda Jepun baru baru ni, 11/3 2011 hari tu, senpai(senior) dihidangkan pula dengan satu lagi berita buruk iaitu penangguhan flight mereka sehingga pemberitahuan dari pihak JPA. Dorang nanti punya nanti tunggu punya tunggu online punya online mencarut punya mencarut tunggu call JPA, akhirnya sampai juga. Pemberitahuan itu. Malam ini dan malam esok (8@9 April 2011) adalah tarikh terakhir mereka berada di Malaysia before their long awaited threshold at Nihon. Aku kesian kat mereka awalnya. Susah payah 2 tahun akhirnya akan berbayar tapi last sekali ditunda. Tapi Allah tahu segalanya kan. Dan mereka dah insyaAllah dijamin selamat sampai kat Nihon dalam 7.15 pagi esok.

Walaupun banyak krisis kat Jepun ni, baru baru sekali ialah gempa bumi 7.4 pulak. Sampaikan ada loji nuklear yang meletup. Tapi tak da sorang pun yang menarik diri dari program ni. Yelah dah separuh jiwa pergi sepanjang 2 tahun ni takkan senang senang nak tarik diri.

Tapi bukan semua yang boleh pergi tu boleh pergi. Maksud aku, ada yang belum boleh fly lagi. Senpai senpai yang dapat area Fukushima, Sendai semua tu lah, belum ada pengumuman lanjut dari JPA. Akan pergi tapi belum lagi. Sabarlah, ada hikmah. Mesti ada.

The HEARTBREAK

Aku tak pergi hantar senpai aku kat airpot. Tak. Aku cukup terkilan sebenarnya. Aku nak hantar dorang. Dari azali lagi. Tak tak ini takda kaitan dengan ada orang ajak ke tak tapi sebenarnya aku nak pergi sana pun tengah sengkek duit. Hantar sokongan sudah. Hidup bujang memang tough. Haish.

I'm self-motivated but not self-activated. Aku perlukan booster dalam kebanyakan perkara yang aku buat selain dari self determination sendiri. Dengan cara itu, semangat aku akan sukar terpadam seperti lilin kalimantang malam keliwon. Jadi ketidakdatangan aku pada hari dorang fly ni tak boleh aku jadikan booster untuk thrust myself or others into really pushing our asses off to the limitless sky. Kechiwanya. Zannen dazo. Tapi mungkin kemasukan kohai kohai yang aum aum nanti akan boleh jadi pelincir booster dalam botol minyak tuti yang baru. Manalah tau kan.

Demi mencari bahan bakar untuk my remaining 1years and less of this course bumpy road, aku masih mencari cari apa kerosene yang boleh diutilise kan dalam fuel tank aku ni. Apa yang boleh aku bakar untuk terus pecut tanpa sedikitpun kecut. Mungkin boleh jadi kalau bahan bakar tu dalam bentuk hot stuff yang comel kot. HAHA

The incomingPREDICAMENT

Err menurut membe aku yang dah pernah pergi Jepun dulu, dari Malaysia ke Jepun adalah dalam 8 jam +- jugak. Macam dari Dungun nak pergi Penang lah kot. Kalau bertolak malam maunya sampai pagi esok. Jadi mungkin atas fikir itulah, JPA buat flight malam. TAPI.

Tak best gilaaa flight malam. Macam mana membe membe nak datang? Macam mana nak menangis nangis? Macam mana nak menyanyi lagu batch? Macam mana nak menyanyi lagu sekolah? Macam mana nak geli geli dengan membe buat kali terakhir sebelum fly? Macam mana nak buat tepuk sekolah? Macam mana ?!

Ini memang mendownkan.

The CHEERS
Yoku gambatta, senpai. Ome.

Tahniah senpai sebab berjaya jugak sampai ke tanah gugurnya sakura, tanah lahirnya Yamapi, tanah tumpahnya darah Genji. Di sana jangan cepat melatah jangan cepat excited jangan lupa diri. Ingat dulu tujuan sebenar. Bukan untuk belajar dan bawak balik segulung degree. Tapi tujuan yang lagi besar dari tu. Kalau ada senpai yang balik lepas 4 tahun, tapi tanya apa yang dia dapat, lalu dia jawab tak ada apa apa,  JANGAN BAGI ORANG JUMPA KAU DAH. Peluang macam ni bukan semua orang Allah kasi. Yang terpilih je. Jangan sia siakan. Bawak balik lebih dari itu. Pemikiran pengalaman pengetahuan macam macam emas yang boleh anda bawa dan manfaatkan kat orang lain. InsyaAllah anda akan berjaya. InsyaAllah kami akan turut sama. Dan semua itu datang dari niat.

"Kita kena sentiasa betulkan niat kita. Lepas dapat result, betulkan niat. Semasa kat Airport betulkan niat. Sebelum naik flight betulkan niat. Semasa dalam flight, betulkan niat. Selepas dah sampai pun kena betulkan niat. Kita kena selalu betulkan niat kita. Semua niat kerana Allah taala. Dengan itu setiap saat kita di sana akan dapat pahala MasyaAllah.
Dari Kimu Senpai 28th dari Zaid Sensei.


Dont miss us, cause we wont miss you haha
Semoga berjaya. Tunggu kami pula bulan 3 tahun depan insyaAllah. Douzo Ogenki de.

5 comments:

Anonymous said...

sdeh plak

Farid Izaharuddin said...

aku rasa lagi jealous dari rasa sedih.

Anonymous said...

terbaik!^^

Anonymous said...

Kudamono!!!!


hitotsu kotoba dake ,


suge :D

Anonymous said...

bajet gler ko nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top