にんげん は そう いう もん ー せんせい

Wednesday, May 25, 2011

Pandai tahap dewa Vs Bodoh luar biasa

Assalamualaikum.

Cuba bandingkan tarikh entri last aku dengan entri ni. Nostalgia kan. Malu aku dengan follower aku yang 16 orang ni.

Mood aku sekarang lebih kurang macam tengah berada dalam middle age crisis. Penuh dilemma dan macam macam keserabutan yang datang. Yang peliknya, aku tak tau dari mana sumber tu. Puas aku fikir kaji recall rewind, tapi aku tak pasti apa yang sebab sebenar yang bertanggungjawab atas mood aku sekarang ni. Oh and aku seorang yang bergantung kepada mood. Kalau mood aku start jadi tak elok memang susah nak jadi elok balik dan kalau mood aku start tak elok dari pagi, dia boleh merebak jadi sampai malam. Itu yang menyusahkan dan menambahkan serabut.

Dari status membe aku, Pojan
"Pengajaran terpenting: tanpa panduan iman,even orang yang bijak luar biasa pun boleh jadi bodoh luar biasa."


Dari awalnya bila aku baca status ni, aku tak rasa apa apa. Nak like pun tidak nak komen pun tidak. Baca pun sekadar sempat semasa aku scroll laju laju sebab nak offline cepat, nak study bagai. Tapi hari ni tiba tiba aku rasa kata kata tu macam knock my head with a batter. Sebab hari ni macam agak banyak mende berlaku. Mende tak best. Alamak.


Jadi bila dah jadi camni, of course dia akan affect kat study. Nak kata fokus, memang tak sampai 20% pun aku fokus time kelas. Sebab macam macam punya hal lah. Time tu aku terus ambik masa untuk bertenang dan resolve apa yang patut. Tak boleh biar bermain perasaan lama lama. Aku bukan Mat Blues. Sampaikan aku sebagai petugas harian, aku tulis kat diari kelas, "Kepala saya full. Kalau berterusan macam ni bahaya. Camna ek sensei?" Terbawak bawak. Aku perlukan segala force dari luar dan dalam untuk cari satu derivative power untuk rungkai semua ni. Bahaya kalau berterusan bahaya !


Oh lupa pulak. Sebelum tu aku nak jelaskan kat sini bahawa aku bukan nak jaja cerita kesusahan hidup aku ataupun keperitan perjuangan aku agar orang lain boleh ambik iktibar dan sedar bahawa aku ni boleh bertahan dalam suasana yang ekstrim dan tegang. Tak aku lansung tak minat nak buat kisah Sinetron(read; Sinetroll) kat sini. Aku cuma nak jelaskan yang now you(me) are at the bottom of the Ferris Wheel and you just dont have enough time to lay your ass, sit back, and wait till you are at the top again.


SO nak dijadikan cerita, aku mungkin, MUNGKIN je dah terjumpa satu proof, satu culprit yang membuatkan hidup aku berada di landasan menurun ni. Aku dah abaikan kebanyakan menda yang aku tak patut abaikan. Sebab? Aku buat perbandingan hidup sekarang dengan hidup di specific phase of my age. Kenapa dan bagaimana dulu boleh jadi macam tu, sekarang boleh jadi macam ni, and tsgoo(the shits on and on). Aku cuba cari mana common point, mana inclusive exclusive point, mana yang patutlah. And it goes down to a really simple conclusion.


Aku rasa Allah tarik nikmat dia sikit sikit dari aku.


Yah itulah yang aku rasa. Tengah fed up, fucked up dalam otw balik kelas tadi itulah yang tertampar kat kepala belah kiri aku. "When HE is slowly taking back the bless and the luxury He has given, man, you're gone. *whistle*" No wonder. Kan aku dah kata, aku dah banyak abaikan semua. Semua yang dulu aku buat dan jaga, kini terbiar terbengkalai. 


Itulah yang aku maksudkan dengan status kawan aku tu. Dengan tajuk entri ni sekali. Sebab hidup aku senang dari sekarang. Boleh rasa kepala aku jadi pandai dan belajar pun Alhamdulillah senang masuk. Bagi orang yang bawah par orang yang total genius/par orang sederhana macam aku ni, menda camtu bagi aku pun dah antara nikmat paling besar aku boleh dapat. Mungkin kot inilah literally yang dimaksudkan tanpa iman, kita boleh jadi bodoh luar biasa. Bodoh dari segi menafikan kebesaran dan tidak mensyukuri kemewahan yang dilimpah kurniaNya dan tak menunaikan hakNya dengan sempurna. Sekarang ni sikit sikit menda tu hilang dan tak da jaminan yang Allah takkan tarik semua dari aku. Oh dan juga takda jaminan untuk KORANG juga. Dia punya kerja, kita apa ada kuasa?


Aku rasa berat sekarang. Kepala berat. Badan berat. Seakan akan aku naik motor, dan ada hantu Kak Limah tumpang kat belakang. Dia dah tarik kesenangan. Dia tarik nikmat dia sikit sikit. Indicator dia? Dulu aku tak pernah rasa terfaktab macam ni. Fed up gila. Memang mood fed up memanjang ni tak kena lansung dengan aku yang cepat panas kepala ni. Mencabar. Fuhh.


******

Hubungan dengan Dia, aku tak jaga macam dulu. Tapi solat aku tak tinggal lah. Takde sampai camtu. Hubungan dengan manusia, aku tak berapa nak jaga macam dulu. Matlamat dan impian aku, aku tak pelihara macam dulu. Usaha dan motivasi aku, aku tak kekalkan macam dulu.


Aku bukan salahkan Allah pasal menda ni. Nauzubillah. Aku dan kita percaya bahawa segala datang dari Dia, baik buruk atau wangi busuk semualah kan. Jadi aku percaya, ini semua datang dari Dia, dan Dia nak kita semua buat sesuatu. Aku dah mereput dari dalam ni dan I dont have a clue, aku tak sedar aku semakin jatuh. This is His wake up call. Aku takkan merungut. Aku takkan mengeluh. Aku takkan mengalah. Sebab aku dah pernah lalui phase ni dulu. Tapi phase ni tahap difficulty dia tahap ikemen. Kamen Rider Ryuki pernah berkata,


Tatanakereba, ikinokorenai. (If you don't fight, you cannot survive)




TheSOLUTION.




Aku pun dah agak buntu. Aku tau aku perlu kembali menagih kasihNya lebih dari sekarang, lebih dari dulu. Itu dah tau. Tapi the fuel that once had burned the same driving motivation engine, is now had depleted. Aku nak cari booster. Aku nak cari kekuatan. Tapi ni bukan bermaksud aku tak mampu tahan ujianNya. Ini bukan bermaksud aku orang yang lemah. Orang yang cari kekuatan tak semestinya orang yang lemah. Orang camni nak jadi lebih kuat. All end in the first law of survivors kan. The strongest always wins. So that's why.


Tapi aku rasa kena cari dari makhluk. Bukan aku nak mengharap kat makhluk, tak. Jauh sekali. Maksud aku, mungkin kekuatan etc yang aku cari tu mungkin takkan turun direct. Dia akan hantar melalui perantaraan makhlukNya. Dan aku pun tak berharap aku jadi complete lain dari sekarang. Berubah. Pakai serban lekat kat surau 24jam. Its just a normal guy and normal wish(read;pray). Menda kecik je. Tapi lebih baik ada dari takda. That is ;
"Better than this, better than today, better than now. Biarlah better tu hanya dibezakan dengan segumpal sampah yang aku tak buang merata seperti yang biasa aku buat sekalipun."


Aku harap aku akan dapat not a better life, but a better Farid Izaharuddin. Because I'm the one who's running my life and not the other way around. Apa function better life if kau sucks? Aku tak kisah hidup susah, tapi asalkan aku yang melaluinya tu adalah aku yang gagah. I came across this awesome quote, "When you are going up a mountain, dont pray for He fasten your journey, but pray He ease the climb" *lebih kurang macam nilah*


Aku harap Dia akan kirim something kat celah celah kegelapan dunia, kehitaman suasana aku sekarang. Kirimkan cahaya. Ammin ya Allah.


Anyone ada nasihat lain? Do begin.

9 comments:

Anonymous said...

どんな大変でも、頑張って!

atien said...

weyh, kann.. time ceni lah stress and 'kurou' dah makin banyak terasa. btw, best of luck lah key...sabar, n ganbatte. insyaAllah, Allah tak tarik nikmat untuk hamba dia yg berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. (:

khadijah said...

JANGAN BAHAN LEBIH LEBIH.

haha ok nice one ;)

u sound so frustrated yet so fierced.
:)

apa yg ko rasa tak best harini mungkin akan bawa hikmah besar dalam hidup kau satu masa nanti.

be happy!

Anonymous said...

post kau buat aku lagi bersemangat.
err mungkin aku nak say thanks :D

Go kudamono !

Anonymous said...

ingat Allah 24/7 for sure hati tenang..

"Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" ` Ar-Ra'du [13]:28

irmujahidah said...

‎"Anyone who seeks Allah will surely find him." [Shaykh Abdul Qadir Jilani]

Anonymous said...

permulaan : mulakan dengan perkataan yang baik-baik saja . Allah suka orang yang berkata-kata baik. Kalau perkataan yang tak baik keluar dari mulut,Allah pun tak suka . nikmat pun tak ada. so,speak nicely . insyaAllah.Allah always be there for you.

FBM said...

ni first time aku bukak blog kau.aku baca post kau yg ni,terus aku aku tekan older post smpai abis.ok,tipulah,x sampai abis pon.tp aku rasa lps ni aku ikut blog kau even bukan follower.(as if aku ade blog) ehek.nice one.may Allah bless u,and me too.once kite dh rasa Allah nak bg hint something kat kita,trus sambar!jgn nak lengah2.nnt lambat2,Allah tarik je balik mnde tu..nk survive kat AAJ byk lg bnda yg kau perlu slain dari otak kau,yg tu pun Allah bg pinjam.AAJで頑張って!(ayat poyo,tapi terima la ye:p)

Anonymous said...

oh well~nice one farid i felt the same as you and thx for the motivations i shall say? so,let's keep strong and have faith in Allah :D isshouni ganbarou ze~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top