にんげん は そう いう もん ー せんせい

Tuesday, March 19, 2013

Jalan ke Jepun


Path available untuk study ke Jepun (shortened and outdated version)



Berdasarkan post yang pernah aku tulis pasal Ambang Asuhan Jepun yang dah lama berzaman dahulu, ada lah beberapa orang yang mengemukakan soalan kepada aku mengenai details cara untuk apply AAJ, or other program pengajian ke Jepun ni. Ada yang sesetengahnya aku dah jawab, tapi ni untuk memudahkan rujukan. Kalau ada perkara tak jelas, aku takpun orang laen still open for questions, takde hal.

Yang aku bakal tulis ni ialah segala yang masih ada dalam kepala otak aku since 2010 sampai  sekarang. Maybe some of the informations outdated and such, tapi lebih kurang sama ja aku rasa.

Post ni ditulis dengan bahasa yang amat lebih kurang dan ekspres.

Ada dua  cara untuk further study kat Jepun, satu is by scholarship satu lagi duit tabung sendiri. Memandangkan takkan ada orang minat untuk tahu the latter,  aku ceritakan pasal by scholar je.

Firstly yang kena amek tahu yang penting sekali ialah banyak sebenarnya penaja penaja yang menawarkan program pengajian luar Negara ke Jepun ni sebenarnya. Bukan sedikit seperti yang kita jangkakan.  Program persediaan dan pengajian pun berbeza mengikut penaja. Aku akan senaraikan ikut program persediaan bukan penaja. Aku taknak senaraikan pros and cons setiap program kat sini jadi aku akan tulis maklumat basic je.
Harap bermanfaat kepada yang sedang mencari tetapi maklumat terhad.

AAJ
Persediaan di Universiti Malaya di bawah Pusat Asasi Sains UM. Program ini dibawah tajaan sepenuhnya oleh JPA dan segala kos perbelanjaan untuk tempoh persediaan di AAJ juga akan ditanggung oleh JPA.

Tempoh persediaan  ialah lebih kurang 2 tahun. Subjek yang ditekankan ialah bahasa Jepun intensif, matematik fizik dan kimia setaraf dengan level sekolah menengah di Jepun. Tapi hanya apabila naik semester 2 barulah pengajian subjek sains akan dijalankan dalam bahasa Jepun.

Jenis pengajian yang ditawarkan sekarang hanyalah kejuruteraan sahaja. (tertakluk kepada perubahan semasa)

Tempoh pengajian untuk tamat : 2-4 *2tahun prep, 4tahun di Jepun
Kursus yang ditawarkan : Kejuruteraan

IBT
Persediaan di Kelab Jepun Kuala Lumpur(tak pasti nama) berdekatan Midvalley. Program ini juga dibawah JPA. Ciri ciri program ni lebih kurang sama dengan AAJ, Cuma yang berlainan maybe dari segi penempatan, silibus, proses pembelajaran, struktur administratif dan sebagainya.

Tempoh persediaan juga sama seperti AAJ. Tapi dengar ceritanya di IBT, tiada tenaga pengajar yang dari Malaysia dengan erti kata lain, semuanya orang Jepun. Jadi cabaran itu lebih tinggi pada peringkat awalnya.  Mungkin itu juga boleh jadi tarikan kepada sesetengah orang.

Tempoh pengajian untuk tamat : 2-4
Kursus yang ditawarkan : Kejuruteraan dan Sains sosial

JAD
Stands for Japanese Associate Degree,  program ini juga dikatakan fast track untuk segulung degree, lebih pendek dari mana mana program lain yang ada. Pusat kampusnya terletak di Unisel, Shah Alam(kot).  Program ini berada di bawah MARA, justeru lain penaja lain kerangkanya.

Perkataan “tempoh persediaan” mungkin tidak sesuai digunakan untuk kes JAD di mana tempoh pengajian 3 tahun mereka di Malaysia bukanlah untuk persediaan semata mata, sebenarnya 3 tahun itu untuk mereka habiskan diploma mereka. Jadi di JAD akan ada 3 batch untuk satu tahun persekolahan berbanding program lain yang hanya 2. Kumpulan mereka lebih besar dan kelebihannya di sini mereka lebih banyak dan pelbagai program dan aktiviti kolektif sepanjang tempoh 3 tahun itu.

Graduan JAD akan meneruskan pengajian di Jepun dari tahun 3. Dalam erti kata lain, mereka hanya perlukan lagi 2 tahun untuk menghabiskan degree.

Tempoh pengajian untuk tamat : 3-2
Kursus yang ditawarkan : Kejuruteraan

KTJ

Daripada abbreviation of Kolej Teknikal Jepun, program ni aku tak tau terletak di mana. Tak ingat. Tapi program ni di bawah JPA.

Tak banyak yang aku tahu pasal KTJ, yang aku tahu ialah tempoh persediaan 2 tahun di somewhere kat Malaysia, lepas tu 2/3 tahun di kosen(technical school in English,kot) di Jepun, dan lagi 2 tahun di Universiti. Tempat yang ada kosen ni agak limited dengarnya. Selepas habis pengajian di kosen, mereka akan masuk mana mana university juga melalui tahun 3. Program mereka ni agak lama sket.

Tu je aku tau. Nak wat camna kawan KTJ sket. Wakaka.

Tempoh pengajian untuk tamat : 2-3-2
Kursus yang ditawarkan : Dah nama pun teknikal, kejuruteraan la.

Selebihnya ialah program lain yang kurang mainstream.



 MEXT
Biasiswa yang ditawarkan oleh MEXT(shortform untuk Kementerian Pendidikan Jepun), sebenarnya biasiswa ni setiap tahun ada kalau tak silap, waktu aku pun ada, tapi kurang cerita yang ada pasal program ni.

Tak banyak yang aku tahu, tapi rasanya MEXT bukan hanya mengambil permohonan untuk lepasan SPM tahun terkini, tapi juga 2 3 tahun punya lepasan SPM pun dia ambik. Kalau tak silap, ada exam yang kena amek untuk mohon biasiswa ni. Aku dulu pernah mintak, dapat offer letter tapi tak pergi sebab waktu tu dah dapat AAJ.

Tempoh persediaan pun dengar cerita, lebih sekejap dari AAJ, IBT dan JAD.

Tempoh pengajian untuk tamat: unknown
Kursus yang ditawarkan : Possibly kejuruteraan dan sains sosial

 Petronas
Maaf tak tau macam mana nak apply, tapi aku tau biasiswa ni wujud, sebab kawan aku pernah dapat offer dari Petronas untuk further study ke Jepun.  Yang pentingya kat sini, biasiswa ni wujud, still wujud ke tak tu maybe kena buat research sendiri.

Tempoh pengajian untuk tamat: unknown
Kursus yang ditawarkan : Kejuruteraan


Setakat itu sahajalah yang aku ingat dan pernah tahu. Selain dari program yang dinyatakan di atas, ada juga pelajar dari Malaysia yang bukan di bawah mana mana scholarship tapi datang atas tiket sendiri dan perbelanjaan sendiri. Maybe ada orang yang nak tahu jadi aku ceritakan sikitlah.

Pertamanya, aku tak tau still ada ke program ni atau tidak tapi Uniten ada menawarkan program persediaan ke Jepun. Semuanya tanggung sendiri tapi Uniten Cuma menyediakan infrastruktur dan tenaga pengajar etc.

Kedua, ialah kau kena hidup paling kurang setahun dekat Jepun dulu sebelum enroll ke mana mana Universiti. Untuk masuk ke Universiti di Jepun sebagai foreign student, exam yang kita kena ambik berbeza dengan exam yang high school student Jepun. Exam tu hanya khas untuk foreign student je. Sebagai orang yang tidak berada di bawah mana mana penaja dan program persediaan of course lah preparation itu semuanya kena buat sendiri. Jadi satu satunya cara ialah enroll ke mana mana di Japanese School di Jepun dulu, dan belajar segalanya(Japanese, Mathematics, Physics, Chemistry) yang perlu untuk menghadapi exam tu.

Track macam ni lebih ramai diamalkan oleh student student dari Negara lain macam dari China. Track ni agak gamble, tapi technically, kalau kau betul betul nak study kat Jepun track ni lebih terjamin. Sebab apa? Sebab program persediaan yang aku tulis kat atas, KALAULAH takda rezeki tak lepas program tu, Cuma tinggal belajar kat Malaysia je. Kalau hard track ni, even tak lepas exam tu untuk first shot, kau boleh ronin(Japanese for tunggu satu tahun untuk new university entrance) untuk next try kau. Tapi semua orang nak scholarship rasanya.

Sekali lagi, setakat ini sahajalah yang aku ingat dan tahu. Sesiapa senior yang ada maklumat tambahan mengenai program mereka, boleh la tambah di ruangan komen supaya aku boleh update. Kalau ada maklumat kurang tepat ke, tu pun sila tambah di komen. Jangan melenting.



So apa yang saya perlu buat sekarang?
1st, cari senior takpun graduan dari mana mana program yang kau berminat untuk maklumat tambahan. Kalau nak aku suggest senior2 dari program tu pun, aku boleh tolong suggestkan. Lagi banyak kau tahu lagi senang buat decision.

2nd, alert dengan pengumuman bila scholarship yang kau target tu open for application. Biasanya selepas result. Sekarang ni mostly apply online je kan. Ada jugak yang suruh hantar application by post sume tu. Internet ialah sumber paling cepat untuk kau dapat feed mende mende camni. Surat khabar pun kadang kadang ada.

Yang penting sekali sekarang, ialah buat keputusan kau nak pergi dengan tiket apa. JPA? MARA? Sebab selepas tentukan penaja, baru kau boleh letakkan kata putus kau nak pursue track mana. Jadi sekarang result SPM dah keluar kan? Eh tak tau dah keluar ke tak sebenarnya. Tapi bila dah keluar tu, tengok result, cukup tak untuk minimum requirement penaja yang diinginkan, kalau cukup apply. Lepas tu tunggu dapat ke tak interview bla bla bla program persediaan bla bla bla fly Jepun bla bla bla dapat awek Jepun bla bla bla kawen dengan orang Jepun bla  bla bla.

 Lebih kurang tu je yang kau perlu buat sekarang.

Post pasal AAJ yang aku tulis dulu tu tak tau la sekarang relevan lagi ke tak. Read at your own risk.

*akan diupdate jika ada maklumat tambahan yang dirasakan penting

11 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

nak tanya, kalau dah apply JAD, boleh lagi ke apply untuk JPA?? sbb org kata, tak boleh nak tamak, MARA ngan JPA kena minta salah satu je.

Anonymous said...

nak tanya ad x pust persediaan utk mreka yg ingin mgmbil bdng frmasi di jepun? ssb sy bminat utk mgmbil bdng frmasi di jepun?? tlong reply ye..

Gendik. said...

minta maaf lah abang blog ni jarang baca comment, kesian tukang comment.

saya nak reply kan boleh,
kalau dah apply JAD which is MARA, takleh apply JPA.

Kat Jepun jarang org sambung pengajian dlm bidang farmasi, bukan takde, tp jarang.
Jom lah sambung engineering je.

Anonymous said...

boleh tanye...urmm..MEXT kne gune result SPM ke trial??

Farid Izaharuddin said...

MEXT guna result SPM time aku dulu

Anonymous said...

macam mana kalau lepasan diploma nak sambung degree kat jepun course food science? still ada biasiswa ke? tq.

mIra said...

slm..ada tak kenal senior mn2 yg dia study di malaysia dulu pastu smbg postgrade (phd) kat jepun..
tak pon senior yg ada amik kos biomedic enginering..
terima kasih..

Anonymous said...

Salam. macam mana awak ambil borang permohonan untuk MEXT? Online ke?

Anonymous said...

Borang kena download dari webpage dia.lepas download,print,isi borang,then hantar borang tu pakai pos.

Syaiful said...

Untuk lepasan SPM bagi aliran sastera ada tak untuk ke jepun for further study? If ada boleh share tak cara and kat mana boleh apply. Thank you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top