Path available untuk study ke Jepun (shortened
and outdated version)
Berdasarkan post yang pernah aku tulis
pasal Ambang Asuhan Jepun yang dah lama berzaman dahulu, ada lah beberapa orang
yang mengemukakan soalan kepada aku mengenai details cara untuk apply AAJ, or
other program pengajian ke Jepun ni. Ada yang sesetengahnya aku dah jawab, tapi
ni untuk memudahkan rujukan. Kalau ada perkara tak jelas, aku takpun orang laen still open for questions, takde hal.
Yang aku bakal tulis ni ialah segala yang
masih ada dalam kepala otak aku since 2010 sampai sekarang. Maybe some of the informations
outdated and such, tapi lebih kurang sama ja aku rasa.
Post ni ditulis dengan bahasa yang amat
lebih kurang dan ekspres.
Ada dua
cara untuk further study kat Jepun, satu is by scholarship satu lagi
duit tabung sendiri. Memandangkan takkan ada orang minat untuk tahu the
latter, aku ceritakan pasal by scholar
je.
Firstly yang kena amek tahu yang penting
sekali ialah banyak sebenarnya penaja penaja yang menawarkan program pengajian
luar Negara ke Jepun ni sebenarnya. Bukan sedikit seperti yang kita
jangkakan. Program persediaan dan
pengajian pun berbeza mengikut penaja. Aku akan senaraikan ikut program
persediaan bukan penaja. Aku taknak senaraikan pros and cons setiap program kat
sini jadi aku akan tulis maklumat basic je.
Harap bermanfaat kepada yang sedang mencari
tetapi maklumat terhad.
AAJ
Persediaan di Universiti
Malaya di bawah Pusat Asasi Sains UM. Program ini dibawah tajaan sepenuhnya
oleh JPA dan segala kos perbelanjaan untuk tempoh persediaan di AAJ juga akan
ditanggung oleh JPA.
Tempoh persediaan ialah lebih kurang 2 tahun. Subjek yang
ditekankan ialah bahasa Jepun intensif, matematik fizik dan kimia setaraf
dengan level sekolah menengah di Jepun. Tapi hanya apabila naik semester 2
barulah pengajian subjek sains akan dijalankan dalam bahasa Jepun.
Jenis pengajian yang
ditawarkan sekarang hanyalah kejuruteraan sahaja. (tertakluk kepada perubahan
semasa)
Tempoh pengajian untuk
tamat : 2-4 *2tahun prep, 4tahun di Jepun
Kursus yang ditawarkan :
Kejuruteraan
IBT
Persediaan di Kelab Jepun
Kuala Lumpur(tak pasti nama) berdekatan Midvalley. Program ini juga dibawah
JPA. Ciri ciri program ni lebih kurang sama dengan AAJ, Cuma yang berlainan
maybe dari segi penempatan, silibus, proses pembelajaran, struktur administratif
dan sebagainya.
Tempoh persediaan juga
sama seperti AAJ. Tapi dengar ceritanya di IBT, tiada tenaga pengajar yang dari
Malaysia dengan erti kata lain, semuanya orang Jepun. Jadi cabaran itu lebih
tinggi pada peringkat awalnya. Mungkin itu juga
boleh jadi tarikan kepada sesetengah orang.
Tempoh pengajian untuk
tamat : 2-4
Kursus yang ditawarkan :
Kejuruteraan dan Sains sosial
JAD
Stands for Japanese
Associate Degree, program ini juga
dikatakan fast track untuk segulung degree, lebih pendek dari mana mana program
lain yang ada. Pusat kampusnya terletak di Unisel, Shah Alam(kot). Program ini berada di bawah MARA, justeru
lain penaja lain kerangkanya.
Perkataan “tempoh
persediaan” mungkin tidak sesuai digunakan untuk kes JAD di mana tempoh
pengajian 3 tahun mereka di Malaysia bukanlah untuk persediaan semata mata,
sebenarnya 3 tahun itu untuk mereka habiskan diploma mereka. Jadi di JAD akan ada
3 batch untuk satu tahun persekolahan berbanding program lain yang hanya 2.
Kumpulan mereka lebih besar dan kelebihannya di sini mereka lebih banyak dan
pelbagai program dan aktiviti kolektif sepanjang tempoh 3 tahun itu.
Graduan JAD akan
meneruskan pengajian di Jepun dari tahun 3. Dalam erti kata lain, mereka hanya
perlukan lagi 2 tahun untuk menghabiskan degree.
Tempoh pengajian untuk
tamat : 3-2
Kursus yang ditawarkan :
Kejuruteraan
KTJ
Daripada abbreviation of
Kolej Teknikal Jepun, program ni aku tak tau terletak di mana. Tak ingat. Tapi
program ni di bawah JPA.
Tak banyak yang aku tahu
pasal KTJ, yang aku tahu ialah tempoh persediaan 2 tahun di somewhere kat
Malaysia, lepas tu 2/3 tahun di kosen(technical school in English,kot) di
Jepun, dan lagi 2 tahun di Universiti. Tempat yang ada kosen ni agak limited
dengarnya. Selepas habis pengajian di kosen, mereka akan masuk mana mana university
juga melalui tahun 3. Program mereka ni agak lama sket.
Tu je aku tau. Nak wat
camna kawan KTJ sket. Wakaka.
Tempoh pengajian untuk
tamat : 2-3-2
Kursus yang ditawarkan :
Dah nama pun teknikal, kejuruteraan la.
Selebihnya ialah program
lain yang kurang mainstream.
MEXT
Biasiswa yang ditawarkan
oleh MEXT(shortform untuk Kementerian Pendidikan Jepun), sebenarnya biasiswa ni
setiap tahun ada kalau tak silap, waktu aku pun ada, tapi kurang cerita yang
ada pasal program ni.
Tak banyak yang aku tahu,
tapi rasanya MEXT bukan hanya mengambil permohonan untuk lepasan SPM tahun
terkini, tapi juga 2 3 tahun punya lepasan SPM pun dia ambik. Kalau tak silap,
ada exam yang kena amek untuk mohon biasiswa ni. Aku dulu pernah mintak, dapat
offer letter tapi tak pergi sebab waktu tu dah dapat AAJ.
Tempoh persediaan pun
dengar cerita, lebih sekejap dari AAJ, IBT dan JAD.
Tempoh pengajian untuk
tamat: unknown
Kursus yang ditawarkan :
Possibly kejuruteraan dan sains sosial
Petronas
Maaf tak tau macam mana
nak apply, tapi aku tau biasiswa ni wujud, sebab kawan aku pernah dapat offer
dari Petronas untuk further study ke Jepun.
Yang pentingya kat sini, biasiswa ni wujud, still wujud ke tak tu maybe
kena buat research sendiri.
Tempoh pengajian untuk
tamat: unknown
Kursus yang ditawarkan :
Kejuruteraan
Setakat itu sahajalah yang aku ingat dan
pernah tahu. Selain dari program yang dinyatakan di atas, ada juga pelajar dari
Malaysia yang bukan di bawah mana mana scholarship tapi datang atas tiket sendiri
dan perbelanjaan sendiri. Maybe ada orang yang nak tahu jadi aku ceritakan
sikitlah.
Pertamanya, aku tak tau still ada ke
program ni atau tidak tapi Uniten ada menawarkan program persediaan ke Jepun.
Semuanya tanggung sendiri tapi Uniten Cuma menyediakan infrastruktur dan tenaga
pengajar etc.
Kedua, ialah kau kena hidup paling kurang
setahun dekat Jepun dulu sebelum enroll ke mana mana Universiti. Untuk masuk ke
Universiti di Jepun sebagai foreign student, exam yang kita kena ambik berbeza
dengan exam yang high school student Jepun. Exam tu hanya khas untuk foreign
student je. Sebagai orang yang tidak berada di bawah mana mana penaja dan
program persediaan of course lah preparation itu semuanya kena buat sendiri.
Jadi satu satunya cara ialah enroll ke mana mana di Japanese School di Jepun
dulu, dan belajar segalanya(Japanese, Mathematics, Physics, Chemistry) yang
perlu untuk menghadapi exam tu.
Track macam ni lebih ramai diamalkan oleh
student student dari Negara lain macam dari China. Track ni agak gamble, tapi
technically, kalau kau betul betul nak study kat Jepun track ni lebih terjamin.
Sebab apa? Sebab program persediaan yang aku tulis kat atas, KALAULAH takda
rezeki tak lepas program tu, Cuma tinggal belajar kat Malaysia je. Kalau hard
track ni, even tak lepas exam tu untuk first shot, kau boleh ronin(Japanese for
tunggu satu tahun untuk new university entrance) untuk next try kau. Tapi semua
orang nak scholarship rasanya.
Sekali lagi, setakat ini sahajalah yang aku
ingat dan tahu. Sesiapa senior yang ada maklumat tambahan mengenai program
mereka, boleh la tambah di ruangan komen supaya aku boleh update. Kalau ada
maklumat kurang tepat ke, tu pun sila tambah di komen. Jangan melenting.
So apa yang saya perlu buat sekarang?
1st, cari senior takpun graduan
dari mana mana program yang kau berminat untuk maklumat tambahan. Kalau nak aku
suggest senior2 dari program tu pun, aku boleh tolong suggestkan. Lagi banyak
kau tahu lagi senang buat decision.
2nd, alert dengan pengumuman bila scholarship yang kau target tu open for application. Biasanya selepas result. Sekarang ni mostly apply online je kan. Ada jugak yang suruh hantar application by post sume tu. Internet ialah sumber paling cepat untuk kau dapat feed mende mende camni. Surat khabar pun kadang kadang ada.
Yang penting sekali sekarang, ialah buat
keputusan kau nak pergi dengan tiket apa. JPA? MARA? Sebab selepas tentukan
penaja, baru kau boleh letakkan kata putus kau nak pursue track mana. Jadi
sekarang result SPM dah keluar kan? Eh tak tau dah keluar ke tak sebenarnya.
Tapi bila dah keluar tu, tengok result, cukup tak untuk minimum requirement
penaja yang diinginkan, kalau cukup apply. Lepas tu tunggu dapat ke tak
interview bla bla bla program persediaan bla bla bla fly Jepun bla bla bla
dapat awek Jepun bla bla bla kawen dengan orang Jepun bla bla bla.
Lebih
kurang tu je yang kau perlu buat sekarang.
Post pasal AAJ yang aku tulis dulu tu tak tau la sekarang relevan lagi ke tak. Read at your own risk.
*akan diupdate jika ada maklumat tambahan
yang dirasakan penting
11 comments:
nak tanya, kalau dah apply JAD, boleh lagi ke apply untuk JPA?? sbb org kata, tak boleh nak tamak, MARA ngan JPA kena minta salah satu je.
nak tanya ad x pust persediaan utk mreka yg ingin mgmbil bdng frmasi di jepun? ssb sy bminat utk mgmbil bdng frmasi di jepun?? tlong reply ye..
minta maaf lah abang blog ni jarang baca comment, kesian tukang comment.
saya nak reply kan boleh,
kalau dah apply JAD which is MARA, takleh apply JPA.
Kat Jepun jarang org sambung pengajian dlm bidang farmasi, bukan takde, tp jarang.
Jom lah sambung engineering je.
boleh tanye...urmm..MEXT kne gune result SPM ke trial??
MEXT guna result SPM time aku dulu
macam mana kalau lepasan diploma nak sambung degree kat jepun course food science? still ada biasiswa ke? tq.
slm..ada tak kenal senior mn2 yg dia study di malaysia dulu pastu smbg postgrade (phd) kat jepun..
tak pon senior yg ada amik kos biomedic enginering..
terima kasih..
Salam. macam mana awak ambil borang permohonan untuk MEXT? Online ke?
Borang kena download dari webpage dia.lepas download,print,isi borang,then hantar borang tu pakai pos.
Untuk lepasan SPM bagi aliran sastera ada tak untuk ke jepun for further study? If ada boleh share tak cara and kat mana boleh apply. Thank you
Post a Comment