にんげん は そう いう もん ー せんせい

Sunday, June 3, 2012

失敗は成功のもと。。。だって


失敗は成功のもと。。。。なんじゃない?


 私は、子供の頃からもう、日本になんとなく行ってみたいなぁと思っていた。なんでかその頃の私もわからないけど、そんな無理なことはただ夢だろうと思い込ませておいた。だから、AAJに入った時、本当にビックリで、まぐれかなぁと、私が思っていた。


しかし、せっかくAAJに入ったから、どんなに辛くても、ちゃんと皆と卒業しようかと決心して、思い切り進んでみた。精一杯で進んでみても、躓いたり、落ちたりすることはもちろん多くあった。“頑張れ”とか“できるぜ”とか先生方や家族が応援してくれても、自分なりに振り返らず歩んでいっても、結果はたまに出てくれない時はあるから、“もういい、あきらめようか”と思わずにいられなっかた。





でも、でもよ、そのような時があったからこそ、私はもっと頑張りたくなったんだ。こんな私のままで、どこまで行けるだろうと確かめてみたかったんだ。左に描いた絵のように、涙が流れても、びっこを引いても、俯かずに、笑顔で歩こうとしている。きっとやりがいがあるよと自分を我慢させた。先生方の魔法の言葉、家族の励み、仲間がそばにいてくれること、燃料にして、やっとここまでできて、皆のおかげです。誠にありがとうございました。今まで、何回失敗に遭っても、やっぱり夢はそんな簡単に捨てられるもんじゃない。私の旅はこんな旅だ。

Sekian post untuk tahun ini. Petikan di atas diambil dari batch 29 Memorial Magazine, tulisan oleh Farid Izaharuddin. Sekian.




Wednesday, May 25, 2011

Pandai tahap dewa Vs Bodoh luar biasa

Assalamualaikum.

Cuba bandingkan tarikh entri last aku dengan entri ni. Nostalgia kan. Malu aku dengan follower aku yang 16 orang ni.

Mood aku sekarang lebih kurang macam tengah berada dalam middle age crisis. Penuh dilemma dan macam macam keserabutan yang datang. Yang peliknya, aku tak tau dari mana sumber tu. Puas aku fikir kaji recall rewind, tapi aku tak pasti apa yang sebab sebenar yang bertanggungjawab atas mood aku sekarang ni. Oh and aku seorang yang bergantung kepada mood. Kalau mood aku start jadi tak elok memang susah nak jadi elok balik dan kalau mood aku start tak elok dari pagi, dia boleh merebak jadi sampai malam. Itu yang menyusahkan dan menambahkan serabut.

Dari status membe aku, Pojan
"Pengajaran terpenting: tanpa panduan iman,even orang yang bijak luar biasa pun boleh jadi bodoh luar biasa."


Dari awalnya bila aku baca status ni, aku tak rasa apa apa. Nak like pun tidak nak komen pun tidak. Baca pun sekadar sempat semasa aku scroll laju laju sebab nak offline cepat, nak study bagai. Tapi hari ni tiba tiba aku rasa kata kata tu macam knock my head with a batter. Sebab hari ni macam agak banyak mende berlaku. Mende tak best. Alamak.


Jadi bila dah jadi camni, of course dia akan affect kat study. Nak kata fokus, memang tak sampai 20% pun aku fokus time kelas. Sebab macam macam punya hal lah. Time tu aku terus ambik masa untuk bertenang dan resolve apa yang patut. Tak boleh biar bermain perasaan lama lama. Aku bukan Mat Blues. Sampaikan aku sebagai petugas harian, aku tulis kat diari kelas, "Kepala saya full. Kalau berterusan macam ni bahaya. Camna ek sensei?" Terbawak bawak. Aku perlukan segala force dari luar dan dalam untuk cari satu derivative power untuk rungkai semua ni. Bahaya kalau berterusan bahaya !


Oh lupa pulak. Sebelum tu aku nak jelaskan kat sini bahawa aku bukan nak jaja cerita kesusahan hidup aku ataupun keperitan perjuangan aku agar orang lain boleh ambik iktibar dan sedar bahawa aku ni boleh bertahan dalam suasana yang ekstrim dan tegang. Tak aku lansung tak minat nak buat kisah Sinetron(read; Sinetroll) kat sini. Aku cuma nak jelaskan yang now you(me) are at the bottom of the Ferris Wheel and you just dont have enough time to lay your ass, sit back, and wait till you are at the top again.


SO nak dijadikan cerita, aku mungkin, MUNGKIN je dah terjumpa satu proof, satu culprit yang membuatkan hidup aku berada di landasan menurun ni. Aku dah abaikan kebanyakan menda yang aku tak patut abaikan. Sebab? Aku buat perbandingan hidup sekarang dengan hidup di specific phase of my age. Kenapa dan bagaimana dulu boleh jadi macam tu, sekarang boleh jadi macam ni, and tsgoo(the shits on and on). Aku cuba cari mana common point, mana inclusive exclusive point, mana yang patutlah. And it goes down to a really simple conclusion.


Aku rasa Allah tarik nikmat dia sikit sikit dari aku.


Yah itulah yang aku rasa. Tengah fed up, fucked up dalam otw balik kelas tadi itulah yang tertampar kat kepala belah kiri aku. "When HE is slowly taking back the bless and the luxury He has given, man, you're gone. *whistle*" No wonder. Kan aku dah kata, aku dah banyak abaikan semua. Semua yang dulu aku buat dan jaga, kini terbiar terbengkalai. 


Itulah yang aku maksudkan dengan status kawan aku tu. Dengan tajuk entri ni sekali. Sebab hidup aku senang dari sekarang. Boleh rasa kepala aku jadi pandai dan belajar pun Alhamdulillah senang masuk. Bagi orang yang bawah par orang yang total genius/par orang sederhana macam aku ni, menda camtu bagi aku pun dah antara nikmat paling besar aku boleh dapat. Mungkin kot inilah literally yang dimaksudkan tanpa iman, kita boleh jadi bodoh luar biasa. Bodoh dari segi menafikan kebesaran dan tidak mensyukuri kemewahan yang dilimpah kurniaNya dan tak menunaikan hakNya dengan sempurna. Sekarang ni sikit sikit menda tu hilang dan tak da jaminan yang Allah takkan tarik semua dari aku. Oh dan juga takda jaminan untuk KORANG juga. Dia punya kerja, kita apa ada kuasa?


Aku rasa berat sekarang. Kepala berat. Badan berat. Seakan akan aku naik motor, dan ada hantu Kak Limah tumpang kat belakang. Dia dah tarik kesenangan. Dia tarik nikmat dia sikit sikit. Indicator dia? Dulu aku tak pernah rasa terfaktab macam ni. Fed up gila. Memang mood fed up memanjang ni tak kena lansung dengan aku yang cepat panas kepala ni. Mencabar. Fuhh.


******

Hubungan dengan Dia, aku tak jaga macam dulu. Tapi solat aku tak tinggal lah. Takde sampai camtu. Hubungan dengan manusia, aku tak berapa nak jaga macam dulu. Matlamat dan impian aku, aku tak pelihara macam dulu. Usaha dan motivasi aku, aku tak kekalkan macam dulu.


Aku bukan salahkan Allah pasal menda ni. Nauzubillah. Aku dan kita percaya bahawa segala datang dari Dia, baik buruk atau wangi busuk semualah kan. Jadi aku percaya, ini semua datang dari Dia, dan Dia nak kita semua buat sesuatu. Aku dah mereput dari dalam ni dan I dont have a clue, aku tak sedar aku semakin jatuh. This is His wake up call. Aku takkan merungut. Aku takkan mengeluh. Aku takkan mengalah. Sebab aku dah pernah lalui phase ni dulu. Tapi phase ni tahap difficulty dia tahap ikemen. Kamen Rider Ryuki pernah berkata,


Tatanakereba, ikinokorenai. (If you don't fight, you cannot survive)




TheSOLUTION.




Aku pun dah agak buntu. Aku tau aku perlu kembali menagih kasihNya lebih dari sekarang, lebih dari dulu. Itu dah tau. Tapi the fuel that once had burned the same driving motivation engine, is now had depleted. Aku nak cari booster. Aku nak cari kekuatan. Tapi ni bukan bermaksud aku tak mampu tahan ujianNya. Ini bukan bermaksud aku orang yang lemah. Orang yang cari kekuatan tak semestinya orang yang lemah. Orang camni nak jadi lebih kuat. All end in the first law of survivors kan. The strongest always wins. So that's why.


Tapi aku rasa kena cari dari makhluk. Bukan aku nak mengharap kat makhluk, tak. Jauh sekali. Maksud aku, mungkin kekuatan etc yang aku cari tu mungkin takkan turun direct. Dia akan hantar melalui perantaraan makhlukNya. Dan aku pun tak berharap aku jadi complete lain dari sekarang. Berubah. Pakai serban lekat kat surau 24jam. Its just a normal guy and normal wish(read;pray). Menda kecik je. Tapi lebih baik ada dari takda. That is ;
"Better than this, better than today, better than now. Biarlah better tu hanya dibezakan dengan segumpal sampah yang aku tak buang merata seperti yang biasa aku buat sekalipun."


Aku harap aku akan dapat not a better life, but a better Farid Izaharuddin. Because I'm the one who's running my life and not the other way around. Apa function better life if kau sucks? Aku tak kisah hidup susah, tapi asalkan aku yang melaluinya tu adalah aku yang gagah. I came across this awesome quote, "When you are going up a mountain, dont pray for He fasten your journey, but pray He ease the climb" *lebih kurang macam nilah*


Aku harap Dia akan kirim something kat celah celah kegelapan dunia, kehitaman suasana aku sekarang. Kirimkan cahaya. Ammin ya Allah.


Anyone ada nasihat lain? Do begin.

Tuesday, May 3, 2011

K-Pop Malaysia (dan hal hal berbangkit)

Assalamualaikum.
Gambar ni lah yang pencetus ke-euww-an aku. 

Lama gila tak update. Memang tak produktif lansung aku ni. Macam mana nak jadi ayah yang produktif ni. Haish.

Mesti dan mesti punyalah korang dah dengar tengok geli euww euww pasal "fenomena" baru yang melanda tanah air kita ni kan. Yes yes, lapuk gila isu. Pasal those K-Pop wannabes semua tu lah. Ya ya aku tau ramai blogger semangat meleleh leleh nak tulis/ulas pasal those losers in group ni kan. Ya ya aku tau aku lambat. Ya ya nak buat macam mana perkataan K-Pop aku nak taip pun kena baca bismillah banyak banyak kali. Pfft.

Tapi aku serious shit rasa tertempelak dengan kumpulan ni. Yelah, seperti yang Nara,  dan ramai lagi blogger lain cakap, dorang memang tak de identiti sendiri. Dengan kata lain copycat, wannabes, noobs dan berbagai lagi lah. Aku tak kutuk banyak sangat dorang ni sebab orang lain dah banyak tolong kutuk bagi pihak aku. And seriously lah korang, korang kutuk kutuk tu macam lah boleh ubah pape. Punyalah happy ada orang lagi buruk dari korang. HAHA.

BUTT, entri ni bukan bertujuan untuk menambahkan lagi kata kata cemuhan kat group 24:7 Eleven ni ataupun Gula Gula masam tu. Tak tak tak. Aku tak minat lansung nak kutuk dorang secara serius. Just tengok, gelak, geleng kepala, dan close tab. Tu je. It's true that the guys and girls bring us a new HD of bangang. Tapi aku still boleh tolerate lagi. Dan aku tak puas hati dengan korang korang semua yang kat luar sana. Memang katayoru (one sided) habis lah korang ni. Korang korang tu ialah no other than the K-Pop fans.

TheCONDEMNED.
First wet nightmare
Shit. They have opposite sex's version too? Or bisex?

Aku usha kat Ameno, Mr K, Nara, Nash dan berlambak lagi yang tulis pasal ni. Dan peminat blog dorang, terutamanya yang minat K-Pop meluru luru untuk bahan group ni. Laju kemain. Tanpa fikir panjang. Siap dengan karangan 2 perenggan ayat ayat flame semata mata nak bahan group losers ni.


Berbalik kepada tak puas hati aku. Korang yang minat minat K-Pop ni semua nya mengutuk dorang sebab korang tak rela imej suci, jambu, tak baligh KP korang tu dicemari dengan imej gay, bapuk, betis gajah yang group ni bawak kan. KAN. Jangan nak tipu. Kebanyakan komen dari peminat KP, dorang akan protect dan meninggikan taraf KP mereka seolah olah taraf MP ni jauh bawah, ke bawah tanah punya taraf. Korang ada hak nak kutuk, tapi base korang bagi betul lah. Kutuk sebab patut bukan sebab defend someone thousand miles away. Perbuatan yang berkepentingan.

Korang bukan betul betul nak condemn dorang sebab dorang takde identiti pun kan. Korang condemn sebab dorang poyo kononnya boleh ganti korang punya mamat jambu dengan "kecantikan semulajadi" dorang tu.

Like seriously, you all facking KP yang defend KP. Korang lah yang takde identiti. Korang lah yang lupa asal usul. Korang lah yang nak sangat hafal lagu dorang dan gedik gedik speaking Korea dengan KP-ers lain. Ye korang lah sape lagi. Sorry to say, being a KP-ers is already yabai (bad). Don't worsen it with your stupid meaningless defend for the KP. Memang mamat jambu korang tu takkan buat camtu balik kat korang pun.

******
Kahak

CUBA LAH kan kalau mereka semua tu, punya penampilan serupa dengan KP korang, in other words, jambu, putih, romantik, gebu, kiut, tak muka rempit, cubalah bayangkan. Adakah korang still akan condemn dorang secara habis habisan? Aku rasa tidak. Sebab dorang kurang bernasib baik dengan penampilan busuk dorang tu lah yang korang rasa "Euww apa ni. Mana boleh lawan my precious K-Pop. Ada hati nak jadi macam Lee Min Ho konon. (aku tembak je nama ni)"

Sebab apa? Korang are facking obsesive. So obsessive sampai habis duit banyak beratus ratus, lebih hargai muka jambu dan telur dorang dari kerja dorang, lebih banyak fantasi tentang kahwin dengan dorang, and banyak lagi losers' act of loserity in the guide to losers 101 yang korang nak dan sanggup buat.

AkupunyaCONDEMN

Aku susah nak terima perkara yang bila aku dengar/tengok je, aku akan directly geleng kepala. Antaranya group nilah. Memang mereka tak patut tubuhkan group ni in the first place pun. Kenapa dorang tak fikir panjang sebelum tuuuu? ARGH.

Aku macam sesetengah korang jugak kat luar tu, yang mengutuk kebangangan secara terang terangan. Aku mengutuk lagi orang yang mempromosikan kebangangan. Seperti orang yang suka main "who views your profile" kat facebook. Dan aku terkilan sebab tak boleh sound depan depan. Blog aku bukan tempat aku bersembunyi dan jadi Mr Hyde kat sini. Tidak. I'm opposing such douche bags, virtually nevertheless in reality.

Group ni jugak jangan berfikir lah nak naik pun. Belum debut lagi, dah kena flame sampai rentung. Korang baik berenti je dari arena ni. Takde guna pun korang nak tiru KP tu. Dah cukup dah ramai fan dorang yang buang masa. Jangan jadi seperti mereka dalam versi 2.0, versi yang lagi teruk. Jangan teruskan dengan debut. Baik 24;7 takpun Gula Gula sekali. Rentikan. Harap harap nanti takda orang cam muka korang bila korang kat luar nanti. Sebab aku tak boleh jamin yang dorang boleh stop condemning korang online je. Aku pun tak sure aku boleh tahan kahak aku kalau ternampak korang nanti. Jangan marah. Aku memang atas pagar. I'm not a facking bias. And I'm not a facking KP-ers. Dan I'm OK.

The coolest K-Pop bagi aku ialah Park Ji Sung. Yes I'm facking know dia tu MU player. Tapi dia lagi cool sebab dia just sorang, tak perlu bedah, tak perlu berada dalam group jambu untuk nampak lebih jambu, and yet HE HAVE MILLIONS OF FANS from all kind of genders, nations and ages and the numbers keep increasing each time he score. Beat that just by wearing a jersey can you(K-Pop artist) ? For hell sure you can't.

Yid : Banyak caps lock aku buat ni. Tolong lah get my tone right.

Saturday, April 9, 2011

Senpai Sayounara ! ! !

Assalamualaikum.

Malam yang melankolik. Okay 10th post.

Tomarai jikan. Karera no jikan.
Setiap saat yang gugur menanti saat itu, setiap itu jantung aku gugur menunggu. Saat di kala segala dipermudahkanNya. Segala di bawah keredhaanNya. Segala di bawah restu mereka yang tercinta, ibu bapa dan keluarga. Segala di bawah dorongan dan sokongan mereka, teman kala ketawa teman kala hiba.
Yid 

Semester 3 belum lagi bermula secara sepenuhnya sebab sekarang hanya melantak bahasa Jepun je setiap hari setiap malam selama 3 minggu. Habis je 3 minggu, baru perang. Perang dengan segalanya. Nafsu, minda, mental, fizikal, tenaga batin. Semuanya. Segalanya. Aku semakin berdebar seiring dengan   kehidupan sem 3 yang dah mula menjengah jengah time aku nak menunaikan hajat. Pertarungan yang paling besar. Lagi besar dari saat SPM aku. But it will come all to this, all of it; I'm a fighter. This is not a catchy phase. I'm really a fighter. Fighter of Fighters 0509. With that spirit, by that shiny metallic outfit, along with that resilient Just Do It, I'll go. Go for it. Japan.

The DELAYED
Jya mata senpai

Semenjak malapetaka yang melanda Jepun baru baru ni, 11/3 2011 hari tu, senpai(senior) dihidangkan pula dengan satu lagi berita buruk iaitu penangguhan flight mereka sehingga pemberitahuan dari pihak JPA. Dorang nanti punya nanti tunggu punya tunggu online punya online mencarut punya mencarut tunggu call JPA, akhirnya sampai juga. Pemberitahuan itu. Malam ini dan malam esok (8@9 April 2011) adalah tarikh terakhir mereka berada di Malaysia before their long awaited threshold at Nihon. Aku kesian kat mereka awalnya. Susah payah 2 tahun akhirnya akan berbayar tapi last sekali ditunda. Tapi Allah tahu segalanya kan. Dan mereka dah insyaAllah dijamin selamat sampai kat Nihon dalam 7.15 pagi esok.

Walaupun banyak krisis kat Jepun ni, baru baru sekali ialah gempa bumi 7.4 pulak. Sampaikan ada loji nuklear yang meletup. Tapi tak da sorang pun yang menarik diri dari program ni. Yelah dah separuh jiwa pergi sepanjang 2 tahun ni takkan senang senang nak tarik diri.

Tapi bukan semua yang boleh pergi tu boleh pergi. Maksud aku, ada yang belum boleh fly lagi. Senpai senpai yang dapat area Fukushima, Sendai semua tu lah, belum ada pengumuman lanjut dari JPA. Akan pergi tapi belum lagi. Sabarlah, ada hikmah. Mesti ada.

The HEARTBREAK

Aku tak pergi hantar senpai aku kat airpot. Tak. Aku cukup terkilan sebenarnya. Aku nak hantar dorang. Dari azali lagi. Tak tak ini takda kaitan dengan ada orang ajak ke tak tapi sebenarnya aku nak pergi sana pun tengah sengkek duit. Hantar sokongan sudah. Hidup bujang memang tough. Haish.

I'm self-motivated but not self-activated. Aku perlukan booster dalam kebanyakan perkara yang aku buat selain dari self determination sendiri. Dengan cara itu, semangat aku akan sukar terpadam seperti lilin kalimantang malam keliwon. Jadi ketidakdatangan aku pada hari dorang fly ni tak boleh aku jadikan booster untuk thrust myself or others into really pushing our asses off to the limitless sky. Kechiwanya. Zannen dazo. Tapi mungkin kemasukan kohai kohai yang aum aum nanti akan boleh jadi pelincir booster dalam botol minyak tuti yang baru. Manalah tau kan.

Demi mencari bahan bakar untuk my remaining 1years and less of this course bumpy road, aku masih mencari cari apa kerosene yang boleh diutilise kan dalam fuel tank aku ni. Apa yang boleh aku bakar untuk terus pecut tanpa sedikitpun kecut. Mungkin boleh jadi kalau bahan bakar tu dalam bentuk hot stuff yang comel kot. HAHA

The incomingPREDICAMENT

Err menurut membe aku yang dah pernah pergi Jepun dulu, dari Malaysia ke Jepun adalah dalam 8 jam +- jugak. Macam dari Dungun nak pergi Penang lah kot. Kalau bertolak malam maunya sampai pagi esok. Jadi mungkin atas fikir itulah, JPA buat flight malam. TAPI.

Tak best gilaaa flight malam. Macam mana membe membe nak datang? Macam mana nak menangis nangis? Macam mana nak menyanyi lagu batch? Macam mana nak menyanyi lagu sekolah? Macam mana nak geli geli dengan membe buat kali terakhir sebelum fly? Macam mana nak buat tepuk sekolah? Macam mana ?!

Ini memang mendownkan.

The CHEERS
Yoku gambatta, senpai. Ome.

Tahniah senpai sebab berjaya jugak sampai ke tanah gugurnya sakura, tanah lahirnya Yamapi, tanah tumpahnya darah Genji. Di sana jangan cepat melatah jangan cepat excited jangan lupa diri. Ingat dulu tujuan sebenar. Bukan untuk belajar dan bawak balik segulung degree. Tapi tujuan yang lagi besar dari tu. Kalau ada senpai yang balik lepas 4 tahun, tapi tanya apa yang dia dapat, lalu dia jawab tak ada apa apa,  JANGAN BAGI ORANG JUMPA KAU DAH. Peluang macam ni bukan semua orang Allah kasi. Yang terpilih je. Jangan sia siakan. Bawak balik lebih dari itu. Pemikiran pengalaman pengetahuan macam macam emas yang boleh anda bawa dan manfaatkan kat orang lain. InsyaAllah anda akan berjaya. InsyaAllah kami akan turut sama. Dan semua itu datang dari niat.

"Kita kena sentiasa betulkan niat kita. Lepas dapat result, betulkan niat. Semasa kat Airport betulkan niat. Sebelum naik flight betulkan niat. Semasa dalam flight, betulkan niat. Selepas dah sampai pun kena betulkan niat. Kita kena selalu betulkan niat kita. Semua niat kerana Allah taala. Dengan itu setiap saat kita di sana akan dapat pahala MasyaAllah.
Dari Kimu Senpai 28th dari Zaid Sensei.


Dont miss us, cause we wont miss you haha
Semoga berjaya. Tunggu kami pula bulan 3 tahun depan insyaAllah. Douzo Ogenki de.

Monday, April 4, 2011

Aku Rasa Celaka 1

Assalamualaikum.

Waktu mencarut. 9th post.

Hari ni hari orang ambik result untuk Final 2nd sem aku. Well result tu agak penting lah sebab nak tentukan kau kena repeat ke tak. Alhamdulillah lah aku lepas walaupun ada orang yang kandas jugak. Repeat final exam adalah sesuatu yang kritikal kat AAJ sebab kalau tak lepas jugak kau kena bungkus balik kampung goreng pisang petang petang lah. Harap harapnya yang kandas tu lepas insyaAllah. Doakan mereka. Aku faham perasaan diorang. Aku faham. Tak macam orang celaka.

Aku rasa orang macam ni celaka. Aku tak tau kenapa aku marah sangat bila dengar tapi memang get on my nerves. I get mad easily,yes that one is a fact, but piss off is another story. I show my mad face but not my pissed off face. When I get pissed off, I start hooting. With all my might and guts.

CELAKA 1

Aku punya result takde lah ok sangat. Teruk sangat. Sikit pun tak terkesan kat aku sebab aku dah tau lama dah result aku. Nevertheless, aku pun dah expect bentuk result aku sebenarnya. Teruk tak terkata tu tak boleh la cakap jugak sebab aku still lepas repeat. But I'm still in the league of the bong's (last). Dalam 70 lebih gitulah dari 86 orang.

Time rehat kejap, aku pergi ambik seiseki(result) kat pejabat. Ada dua. Satu borang jadah pe tah satu lagi seiseki lah. Dan dan time tu sensei math aku  datang mencelah tanya "Mende tu?" "Seiseki"aku jawab."Rasanya result saya macam elok lah sensei haha" Memang aku gelak. Sinis dan sarkasis. Dan dia pun gelak sekali. Memang supportive. =.= Well no butthurt. On the way balek kelas jumpa sensei lain dia pulak tanya "Kertas apa tu? Nampak macam kertas yang menarik." "Oh ini, result sensei.Result saya dengan apa yang saya fikirkan memang . . ." Aku tak habiskan ayat aku tu. Tak cukup telur. Sebab.

Aku memang tak suka bagitau orang result aku. Bagi aku bagitau result macam bagitau apa yang kita buat dalam toilet lama lama waktu malam menjelma dengan bawak sabun Shokubutsu. In other words, result aku bagaikan satu perkara peribadi. As private as my phone number. Ehem. 

But then, aku memang boleh expect orang akan tanya result aku. Jangan harap aku nak bagitau. Aku akan bagitau pun kat orang yang tau aku memang lembap dan tak pernah nak pandang tinggi kat aku. Yang tanya aku pun mesti kebanyakkannya akan mula camni,"Yid dapat berapa ? Mesti straight nih" Oh fuuuk you. Aku paling tak suka dipandang tinggi. Dan konon kononnya aku power. Ini memang sadis. Pandang tinggi kat aku macam kau keluarkan statement perkauman. Sampai macam tu sekali aku tak suka orang pandang tinggi kat aku.

Di sini memang ramai orang yang berlagak bodoh tapi pandai. Aku yang jarang berlagak bodoh ni takde lah pandai pandai jugak. Orang macam ni aku tak rasa dia humble. Dia cuma nak kurang outstanding. Tapi dia tak rasa orang macam aku ni. Ya memang tak rasa. Apa yang aku rasa? Apabila asyik orang pandang tinggi, puji, tapi sebenarnya hampeh menggelebeh. I'm serious to the bones, aku boleh stand critics, pangkahs, slanders, boo's, everything. Even a stadium of people mocks me, I could endure that. No sweat. In fact, kalau orang seramai stadium tu datang one on one pangkah aku, pun aku tak kesah. Takkan cair sedikit pun taik telinga aku. BUTT, aku memang sensitif when it comes to academical ability. Aku memang sensitif bila orang gelakkan result aku. Aku memang sensitif bila orang tanya result aku. Aku memang sensitif bila orang berkongsi result diorang. Aku memang sensitif towards academic. Aku memang sensitif. Sensitiviti itu sifat wajib maskulin.

CELAKA 2
"Saya douche bag, dan saya OK."

Celaka boleh berjangkit. Celaka boleh melarat. Celaka boleh membiak. Dan terbaru, celaka boleh membangun.

Aku tak suka betul orang merungut. Lebih lebih lagi pasal result diorang. Rungut pasal homework ke, tak boleh faham topik ke, lampi dalam kelas ke, haram blank time kelas ke, aku boleh tolerate lagi. Tapi ni bila orang merungut pasal result. Memang lah up to them nak merungut pun kan. Mungkin mereka dah belajar gila gila tapi dapat lebih kurang je. Tu kot sebab dia rasa nak merungut segala bagai tu lah kot. Lebih lebih lagi bila orang yang berlagak bodoh ni, merungut pasal result dia. Sebelum ni beriya-iya nak cakap kat orang lain, aku rasa aku fail lah, aku last kot lah, aku bangang lah, ni lah tu lah. Tapi tengok result last last ok jugak. KAT MANA SYUKUR KAU TU AKU TAK NAMPAK.

Apa tak reti nak syukur walau sikit ke? Senang je. Kau berhenti merungut tu pun dah cukup bagus dah walaupun kau lebih bagus dari tu kan. Konon kononnya kau rasa result kau paling teruk paling bangang.  Kau rasa orang yang lagi teruk dari kau bila dengar rasa apa? Orang macam aku yang ada bawah kau ni? Aku tak kata aku baik dan selalu bersyukur. Memang jarang. Kita semua pun lebih kurang ja. Saidina Umar(insyaAllah tak silap) pun pernah berdoa "Ya Allah jadikanlah aku antara golongan yang sedikit. Yakni  orang yang bersyukur" Kita mungkin tak  dan susah nampak bila part nak bersyukur tu. Sebab kalau diikutkan setiap masa setiap nafas kita kita kena bersyukur kan. Nak paling senang? Nah. Bila time time macam ni lah kita syukur. Bila dapat macam mana sekalipun result still syukur. Time ni lah. Ye ni lah. Allah takdenye marah kalau kita bersyukur walaupun kita antara hambanya yang banyak mengingkariNya sekalipun. Kan?

Aku bukan optimist tapi pessimist secara berkala. Optimism only works when you have things on your favour. Aku jarang ada situation macam tu so aku tak apply optimism. Bluffs suma tu. In other wordsnya, aku tak suka letak harapan tinggi tinggi. Lagi tinggi kita mengharap, lagi sakit kita apabila jatuh dikecewakan. Final sem lepas pun aku cuma harap aku tak kena resit paper je. Sebab risiko nak kena buang tu ada. Aku takkan boleh tidur nya kalau kena resit sebab aku memang jenis fikir sampai overdose. So regardless the shape of my result, bulat ke pangkah ke, it doesnt matter because what happened is under His hands. Aku belum cukup berani nak merungut kat Dia sebab aku pun amalan macam mana ja. Opps bukan berani, I should say brainless.

Jangan lah rasa diri kau tu paling teruk dan bangang sangat. Ada lagi yang tak bernasib baik but they are fighting for their survival. Jangan rasa kau paling cikai sedangkan paling cikai kau mungkin terbaik bagi sesetengah orang. Jangan rasa kau boleh pandang orang dengan rendah sedangkan mereka pun dah jadi setinggi boleh dengan segenap nafas mereka.

************

Minta maaf kawan kawan andai terasa segala apa aku cakap. Aku pun ada perasaan korang pun ada perasaan mereka pun ada perasaan. Semua orang ada perasaan. Kecual gadis comel, mereka pun ada perasaan tapi perasaan terhadap aku.haha

Aku boleh bersabar. Dan aku tak marah langsung. Aku bengang dan terkilan. Takda unsur sentap dan menyentap kat sini. Aku tak perlu orang datang dan cakap kat aku "Sabar sabar" sebab aku pun dah tau tu. Tak rasa useless and fruitless ke effort anda tu bila cakap such craps kat orang yang tengah bengang dan panas? Cakap "Sabar sabar. Bertenang" suma tu boleh ke bawak effect apa apa? I sincerely dont think so. Jangan buat menda sia sia dan sampah. 

Dan kalau boleh, kalau terbaca status seseorang yang tengah bengang kat facebook tu, janganlah gedik nak luahkan ayat kaunseling kau yang kononnya boleh membawa sejuta keamanan dan ketenangan kat dia. Nope. Do the pissed off guys a favour wont cha. Stop suffocating them with your instant and temporarily  caring side. Just stop. Nak kata ko lagi bagus lah sebab tak senang marah dan suka suruh orang sabar ke huh? Huh? Memang lah lagi bagus sebenarnya.

Aku serius pasal minta maaf ni. Sorry kalau terasa. Kalau nak kurangkan terasa kau tu, cuba tukarkan perkataan kasar jadi lembut. Contohnya tajuk, Aku Rasa Celaka Comel. Takpun "tak macam orang celaka comel" Stim dan ghairah kan ? HAHA

I seek no war.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

back to top